SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Pemain penting Arsenal sambung kontrak

Pemain tengah, Aaron Ramsey bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.

Santi Cazorla of Arsenal (L) celebrates with Olivier Giroud (R) as he scores their first goal

Selain pemain Wales itu, Santi Cazorla dan pemain remaja berbakat, Gedion Zelalem turut menandatangani kontrak baharu bagi mengharungi musim-musim akan datang di bawah kendalian pengurus, Arsene Wenger, menurut laporan akhbar Britain, The Guardian.
Ramsey, 23, sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan paha dan berharap dapat segera kembali beraksi bagi membantu Arsenal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain menjuarai Piala FA.
Ramsey telah menjaringkan 13 gol musim ini sebelum mengalami kecederaan.
"Saya dapat rasakan lebih banyak perkara menarik akan tiba. Pada musim ini saya buktikan pendapat kebanyakan orang adalah tidak tepat.
"Saya berhadapan waktu sukar ketika mengalami kecederaan tetapi saya berjaya mengharunginya selain yakin saya bertambah baik dalam setiap perlawanan. Pada waktu ini saya berharap dapat kembali ber­aksi semula secepat mungkin dan membuktikan kemampuan saya serta mengakhiri musim ini dengan bergaya," katanya.

Cavani enggan berpindah ke United

Manchester United menerima tamparan hebat apabila bintang penyerang Uruguay, Edinson Cavani menolak untuk berpindah ke Old Trafford.

Paris Saint-Germain's Uruguayan Edinson Cavani

Bagaimanapun juara Liga Perdana Inggeris itu semakin hampir untuk menandatangani pemain tengah Portugal, William Carvalho selepas mengemukakan tawaran 25 juta pound (RM136.28 juta) kepada Sporting Lisbon.
Pengurus United, David Moyes sebelum ini berjanji akan membelanjakan sehingga 200 juta pound (RM1.09 bilion) pada musim panas ini dan Cavani merupakan sasaran utama mereka.
Malah, United sedia membuat tawaran rekod kelab, 80 juta pound (RM436.09 juta) untuk menarik penyerang berusia 27 tahun itu dari Paris Saint-Germain (PSG).
Moyes juga sudah mengorak langkah untuk memancing Cavani sejak beberapa bulan lalu dengan bersedia menawarkan gaji sehingga 280,000 pound (RM1.25 juta) seminggu.
Akhbar Britain, Daily Star bagaimanapun melaporkan, Cavani telah menukar fikiran dengan menolak untuk menyertai United kerana menganggap kelab itu sedang mengalami kemerosotan.
"Dia tahu United berminat mendapatkan khidmatnya dan pada suatu peringkat, Cavani memikirkan bahawa idea tersebut agak menarik.
"Begitupun si­tuasi terkini Manchester United membuatkan dia memikirkan semula mengenai tawaran itu.
"United sedang melalui perubahan yang amat besar dan Cavani merasakan sekarang bukan waktu yang sesuai untuk ke Old Trafford," kata sumber rapat pemain itu kepada Daily Star.
Menurut sumber itu lagi, Cavani menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan United di bawah pimpinan David Moyes.
Cavani menyertai PSG dari Napoli pada musim panas lalu menerusi bayaran 60 juta pound (RM327.07 juta), namun dia tidak gembira dengan peranan yang dimainkan bersama kelab Perancis itu.
Dia bermula baik dengan meledak 18 gol daripada 29 penampilan bersama pasukan tetapi sejak akhir-akhir ini Cavani kecewa dengan keputusan pengurus, Laurent Blanc yang tidak meletakkannya di posisi kegemarannya, pe­nyerang tengah.

Sumber : Foxsportmalaysia

Real patut takut dengan Messi

Cristiano Ronaldo adalah ‘pemusnah’ tetapi Real Madrid seharusnya lebih takut kepada Pemain Terbaik Dunia empat kali Lionel Messi, kata pemain Barca Jordi Alba.

Barcelona's Argentinian forward Lionel Messi (R) celebrates with Barcelona's Brazilian forward Neymar da Silva Santos

“Saya fikir mereka ialah dua pemain terbaik dunia tetapi daripada kedua-duanya, saya memilih Leo,” kata Alba apabila ditanya mana satu daripada pemain itu perlu lebih ditakuti ketika saingan di Santiago Bernabeu itu.
“Saya tidak hanya katakan ia ketika ini kerana saya berada dalam pasukan sama, saya merasakannya ketika berada di Valencia,” tambah Alba, yang berpindah ke Barcelona dari Mestalla pada 2012.
“Saya rasa Cristiano, anda mesti jujur, dia adalah pemusnah, dia pemain sangat penting buat Real Madrid. Apabila Madrid tidak berada pada tahap terbaik, dia sentiasa melakukannya,” kata pemain berusia 24 tahun itu.
“Tetapi kami memiliki Leo dan pemain lain dan saya rasa kami lebih kepada sebuah pasukan berbanding beberapa pemain individu.”
Ronaldo Pemain Terbaik Dunia dua kali, menjaringkan 41 gol dalam 37 penampilan buat Madrid tahun ini, termasuk dua jaringan ketika menang 3-1 Selasa lalu bertemu Schalke 04 yang memastikan tempat Real Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara. 
Messi mengambil alih tempat Paulino Alcantara menjadi penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dengan menjaringkan hatrik ketika pasukan gergasi Catalan itu berkenduri gol 7-0 di Osasuna dalam saingan La Liga, Ahad lalu.

Barcelona mara ke suku akhir

Barcelona mara ke suku akhir

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

Kemenangan semalam membo­l­ehkan Barca layak dengan agregat 4-1.

City yang berhasrat untuk menjadi pasukan pertama bangkit daripada ketinggalan 0-2 daripada perlawanan pertama di laman sendiri dalam era Liga Juara-juara, menyaksikan peluang mereka untuk merapatkan jurang defisit melalui Samir Nasri dan Edin Dzeko dinafikan oleh Victor Valdes dalam ke­dua-dua babak permainan.

Messi memusnahkan terus harapan pasukan pelawat ketika permainan berbaki 23 minit apabila dia merembat bola dalam kawasan petak penalti untuk gol kelapannya dalam kempen Liga Juara-juara musim ni.

Pasukan pelawat kemudian terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila Pablo Zabaleta dila­yangkan kad kuning kedua kerana mempertikaikan keputusan pengadil Stephane Lannoy dari Perancis yang tidak memberikan sepakan penalti yang sewajarnya diperoleh Dzeko.

Kapten City, Vincent Kompany berusaha menyelamatkan maruah pasukan dengan sekurang-kurangnya melakar keputusan seri dalam perlawanan semalam apabila meledakkan gol seminit sebelum permainan tamat, tetapi Alves kembali meletakkan Barca di depan pada minit ke-90.

Pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas berkata, keputusan tersebut sekurang-kurangnya meredakan tekanan yang dirasai pasukannya sejak beberapa minggu lalu ekoran prestasi hambar dalam aksi La Liga.

“Perlawanan ini amat sengit, kami bermain menentang pasukan yang berkelas dunia. Kami sedar perlawanan ini akan jadi sangat mencabar. Sebelum ini, kami berjaya mencatat keputusan baik, menang 2-0 di padang lawan. Bukan mudah untuk beraksi di Manchester dan melakar kemenangan.

“Kami berjaya mencipta banyak peluang, malah sepatutnya kami diberi sepakan penalti dan gol yang dijaringkan Neymar tidak ofsaid.

“Kami cuba bersikap positif dan bermain lebih baik berbanding dalam beberapa perlawanan sebelum ini, tetapi kemenangan ini benar-benar membantu meredakan tekanan yang dirasai," katanya.

Sementara itu, Kompany melahirkan rasa kesalnya dan berpendapat keputusan Zabaleta dibuang padang adalah tidak adil dan merugikan City.

“Tiada apa yang tinggal, kami telah memberikan segala-galanya.

“Terdapat beberapa peluang untuk kami menjaringkan gol dan sudah tentu itu mampu mengubah permainan ini. Ini kali kedua kami terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada ketika kami berhak mendapatkan sepakan penalti, bukan mudah untuk berdepan dengan situasi sebegini menentang pasukan yang bagus," katanya.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hoki Piala Sultan Azlah Shah: Australia belasah China 7-0

Hoki Piala Sultan Azlah Shah: Australia belasah China 7-0

Australia membuka tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan berpesta gol apabila membelasah China 7-0 pada perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini hari ini.

Juara bertahan itu mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nicholas Budgeon (minit ke-3), Trent Mitton (m-20) dan Jamie Dwyer (m-33).

Australia menambah empat lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Jacob Whetton (m-37), Russell Ford (m-47) dan sekali lagi masing-masing menerusi Budgeon (m-56) dan Dwyer (m-64).



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hajat Selangor terencat di Maldives

Hajat Selangor terencat di Maldives

Impian Selangor untuk meraih tiga mata penuh pertama dalam persaingan Piala AFC masih tidak kesampaian apabila diikat oleh kelab Maldives, Maziya S&RC dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Kebangsaan Male semalam selepas penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad menerima kad merah.

Memulakan permainan dengan begitu cemerlang, Selangor mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan pemain dari Australia, Steve Pantelidis pada minit ke-42 yang menyambar bola sepakan sudut oleh rakannya dari Brazil, Junior Aperecido namun rupanya nasib Red Giants tidak begitu baik.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Selangor terpaksa meratapi kehilangan penjaga gol veteran, Mohd. Hamsani yang menerima kad merah dengan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti.

Ahmed Mohamed mudah menyempurnakan sepakan yang diberikan untuk mengikat kedudukan tetapi Selangor yang beraksi dengan 10 pemain selepas itu masih mampu memberi ancaman kepada kubu Maziya.

Walaupun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh Mohd. Farizal Marlias yang masuk selaku penjaga gol gantian gagal diambil kesempatan oleh tuan rumah apabila tandukan Ahmad Rasheed sedikit tersasar.

Selangor kembali menguasai permainan dengan sepakan bebas yang diambil oleh K. Gurusamy hampir menemui sasaran pada minit ke-61 namun bola tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Mohamed Nishah.

Gerakan pemain dari Indonesia, Andik Vermansah dan Paulo Rangel 14 minit kemudian berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Maziya sebelum peluang keemasan yang diperolehi pada penghujung permainan oleh S. Kunanlan disia-siakan oleh pemain sayap kiri skuad kebangsaan itu yang gagal merembat tepat ke arah pintu gol.

Keputusan seri itu bagaimanapun dilihat masih sesuatu yang positif buat Red Giants kerana kini berada di tangga kedua Kumpulan F apabila pendahulu, Hanoi T&T dari Vietnam mencatatkan kemenangan ke atas Arema Indonesia dengan keputusan 3-1.

Hanoi T&T berada di tangga teratas dengan memungut enam mata penuh diikuti Selangor, 2 mata sementara Arema dan Maziya berkongsi satu mata.





Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengarah Dortmund kekal hingga 2019

Pengarah sukan Borussia Dortmund Michael Zorc telah menandatangani kontrak baru dengan kelab itu hingga 2019.

Borussia Dortmund sporting director Michael Zorc

Zorc, 51 tahun, telah mula kerjayanya di kelab itu sejak tahun 1978 dan telah dilantik sebagai pengarah sukan sejak bersara sebagai pemain pada usia 36 tahun.
Sejak menjadi pengarah sukan, Dortmund telah merangkul tiga kejohanan Bundesliga dan satu trofi DFB-Pokal, dan kelab itu dijangka akan menjadi lebih kuat di persada Eropah terutamanya dengan persembahan yang baik dalam Liga Juara Juara musim lepas di perlawanan peringkat akhir dengan Bayern.
Zorc, yang memegang rekod sebagai pemain yang telah membuat penampilan terbanyak untuk Dortmund, memberitahu laman rasmi kelab itu: "Saya rasa kami belum mencapai tahap terakhir perkembangan kami.
"Saya anggap ia adalah tanggungjawab saya untuk cuba membina kejayaan di Borussia Dortmund dan memastikan kami mencapai puncak bola sepak Jerman dan memupuk kejayaan dalam Liga Juara Juara untuk jangka masa yang panjang."
Pengerusi eksekutif Dortmund Hans-Joachim Watzke berkata: "Michael Zorc adalah lambang Borussia Dortmund. Beliau telah di kelab ini sejak 1978 dan telah mendorong kejayaan kelab ini, sebagai pemain, dan kemudian sebagai pengarah sukan.
"Kami ingin bekerjasama dengannya untuk lima tahun lagi dan ia adalah tanda besar tentang berapa banyak kami memercayainya."
Klopp dan penolongnya akan kekal di kelab itu hingga 2018.
Dortmund kini di tempat ketiga Bundesliga, 17 mata di belakang pendahulu liga Bayern Munich dan akan bertemu Zenit St Petersburg dalam perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara Juara.

Sumber : Foxsportmalaysia

Hodgson: England akan menyesuaikan diri

Rod Hodgson berpendapat bahawa pasukannya dapat menyesuaikan diri kepada cuaca panas dalam kempen Piala Dunia mereka di Brazil.

Hodgson: England akan menyesuaikan diri

Anak buah Hodgson akan bertemu Itali dalam perlawanan pertama Piala Dunia di Manaus, Brazil dalam stadium Arena Amazonia pada 14 June nanti.
Persatuan bola sepak telah membuat persiapan bagi memastikan yang pemain pasukan England dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, terutamanya selepas pertemuan dengan Switzerland dalam cuaca yang sama pada Piala Dunia 94 di USA.
"Ia panas di sini, tetapi Piala Dunia memang selalunya berlangsung pada musim panas." kata Hodgson kepada BBC.
"Ia panas di Afrika Selatan (dalam Piala Dunia terakhir) dan ia panas di America pada 94.
"Kami memang terpaksa menyesuaikan diri.
"Kini kami ingin rasa perbezaannya dengan cuaca tropikal di Brazil dan Rio."
England akan berpangkalan di Rio de Janeiro tetapi akan menghadapi dua perlawanan di Sao Paulo dan Belo Horizonte.
Hodgson telah mendatangkan kemarahan pihak Brazil apabila menyatakan bahawa keadaan cuaca di Manaus adalah sesuatu "yang patut dielakkan".
Selepas itu Arthur Virgilio Neto menyatakan bahawa bandar Manaus enggan menerima England tetapi Hodgson telah menghantar surat yang meminta maaf atas komennya.
"Kami salah faham." kata Neto kepada ITV.
"Kami menghormati pasukan England. Secara peribadi saya kagum dengan Wayne Rooney."

Sumber : Foxsportmalaysia

Selangor tumbang, Terengganu rampas takhta

Selangor tumbang, Terengganu rampas takhta

Takhta Liga Super kembali beralih tangan dengan Terengganu merampas daripada Selangor selepas menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Kejayaan skuad Penyu itu untuk berada di puncak liga turut dibantu dengan kekalahan Red Giants 1-4 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong, Terengganu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah apabila mendominasi sebahagian besar aksi perlawanan khususnya pada babak pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-20 apabila sepakan bebas dari luar kotak penalti yang diambil oleh pemain tengah, Mario Karlovic melantun sebelum menerjah jaring pelawat dan hanya mampu diperhatikan oleh penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim menggandakan kelebihan pada minit ke-69 apabila ketua pasukan, Ismail Faruqi Ash'ari mudah menolak masuk umpanan penyerang, Norfarhan Mohamad walaupun pertahanan Pahang cuba membantah jaringan tersebut kerana mendakwa pemain tersebut berada dalam keadaan ofsaid.

Di Larkin, JDT menunjukkan taring sebenarnya dan terlalu gagah buat Selangor apabila masih berupaya menjaringkan empat gol meskipun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak seperti Pablo Aimar dan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan.

Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh menerusi tandukan kapten pasukan malam tadi, Baihakki Khaizan yang terus menerjah ke gawang gol dan jaringan kedua melalui tandukan seorang lagi pemain dari Singapura, Harris Harun pada minit ke-33.

Anak buah Mehmet Durakovic terus hampa apabila JDT memperoleh gol ketiga pada minit ke-52 menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa hasil hantaran Amri Yahyah dan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas turut meletakkan diri selaku penjaring pada minit ke-59.

The Red Giants akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-59 namun sudah terlewat buat Selangor untuk mengelak daripada kalah buat kali kedua selepas lima perlawanan.

Kelantan naik ke tangga kedua Liga Super selepas mudah membenam T-Team dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV dengan pemain dari Mesir, Mohamed Shawky Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-32.

The Red Warriors berada dalam kedudukan selesa dengan dua lagi jaringan melalui ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radhzi pada minit ke-44 dan Mohammed Ghaddar, pada minit ke-84 sekali gus mengutip kemenangan ketiga pada musim ini.

Jaringan tunggal penyerang Serbia, Milorad Janjus pada minit ketujuh memastikan Sarawak meraih kemenangan ketiga musim ini menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak tetapi kehilangan Junior Eldstal yang dibuang padang pada minit ke-70. Pengadil, Sukri Abdul Rahman turut melayangkan lapan kad kuning.

Di Stadium MP Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kempunan untuk meraih tiga mata penting apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Lions XII walaupun The Gladiators terlebih dahulu di hadapan pada minit keempat melalui Amiridzwan Taj.

Jurulatih Lions, Fandi Ahmad mengubah percaturan pada babak kedua yang membawa hasil apabila Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 sebelum Afiq Yunos membuatkan anak-anak buah B. Sathianathan tertunduk layu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Keputusan Terkini Liga Super 9 Februari 2014

Follow my blog with Bloglovin
Keputusan Terkini Liga Super

T-Team VS ATM 2-2

Perak VS Kelantan 2-1

Sime Darby VS Selangor 1-2

Lions XII VS Terengganu 0-0

PKNS FC VS Sarawak 0-2

Pahang VS Johor JDT 3-2

Sumber : BolaMali

Moyes: Kami sasar banyak lagi pemain

David Moyes telah menyatakan bahawa perpindahan Juan Mata "adalah yang pertama dari banyak lagi perpindahan" bagi Manchester United.

Juan Mata of Spain looks on

Juara bertahan Liga Perdana Barclays itu telah mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan perpidahan Juan Mata dalam persetujuan yang bernilai £37.1 juta.
Perpindahan itu akan memberi harapan baru kepada United yang sedang melalui musim yang amat mencabar - pasukan Red Devils kini di tempat ketujuh dalam liga dan telah tersingkir dari kedua-dua kejohanan domestik.
United masih melalui perbincangan dengan penyerang Wayne Rooney untuk kontrak barunya, sementara itu mereka dikaitkan dengan pemain bek-kiri Southampton Luke Shaw.
Moyes berkata selepas menandatangani Mata: "Ini adalah yang pertama dan saya yakin ada banyak lagi. Saya ingin bermula dengan pemain yang berkualiti seperti Mata.
"Saya tidak rasa yang kami akan mendapatkan pemain lagi pada bulan Januari - saya masih mengusahakannya. Tetapi saya berharap yang ia adalah yang pertama dari banyak lagi perpindahan selepas ini."
Pengurus Scotland itu mengakui bahawa perpindahan Mata adalah berita baik yang mengubah suasana di Old Trafford.
Moyes memberitahu MUTV: "Kami semua ingin mendapat berita baik, kami telah lama melalui detik yang mencabar. Ini adalah detik permulaan bagi kami, kami ingin sentiasa berkembang dan saya sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat.
"Saya ingin membina pasukan yang menghiburkan, saya ingin menang dan saya ingin memuaskan para peminat."
Moyes juga berkata bahawa beliau ingin meletakkan Mata dalam perlawanan dengan Cardiff nanti.
"Saya tidak sangka yang kami mempunyai peluang ini. Saya tidak rasa yang Chelsea akan menjualnya kepada kami sebenarnya.
"Saya terkejut sedikit kerana ia tidak selalu berlaku terutamanya antara pasukan dalam liga ini. Saya terkejut kerana kami telah mendapat pemain yang amat handal, pemain yang semua ingin bekerjasama dengan, pemain yang menghiburkan.
"Saya teruja untuk menyaksikannya menyarung jersi merah dan beraksi untuk pasukan kami."

Sumber : FoxSportMalaysia

Nicol rangkul gelaran ketujuh berturut-turut

Nicol rangkul gelaran ketujuh berturut-turut

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David merangkul kejuaraan jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) ketujuh berturut-turut selepas muncul juara Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Pemain No. 1 dunia itu menumpaskan pencabar dari Hong Kong, Annie Au 13-11, 11-5, 11-6 dalam perlawanan akhir.

Nicol, 30, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Juara-Juara di New York, bulan lalu kini sudah mengumpul 73 gelaran WSA sepanjang bergelar pemain profesional.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Solksjaer raih kemenangan pertama

Solksjaer raih kemenangan pertama

Dua pemain baharu, Kenwyne Jones dan Wilfried Zaha mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan sulung mereka untuk Cardiff apabila membantu kelab itu menang 2-1 di tempat sendiri ke atas lawan yang turut dalam kelompok zon penyingkiran, Norwich semalam.Zaha merancang jaringan Craig Bellamy untuk gol penyamaan selepas rehat manakala Jones menghasilkan gol kemenangan dua minit kemudian.Keputusan itu memberikan Ole Gunnar Solskjaer kemenangan pertama dalam Liga Perdana sejak menjadi pengurus kelab Wales itu dan menganjakkan mereka dari tempat tercorot di depan Fulham.Zaha, yang dipinjam daripada Manchester United, memulakan perlawanan pertamanya dengan berada di bangku simpanan, tetapi dimasukkan beberapa minit sebelum rehat untuk menggantikan Peter Whittingham.

Pemain pertahanan dari Brazil, Fabio dan penyerang Trinidad and Tobago, Jones juga tampil buat kali pertama manakala ketua pasukan, Mark Hudson tidak dapat bermain kerana masalah hamstring.Boss Norwich, Chris Hughton pula membawa masuk Alexander Tettey, Jonas Gutierrez dan Johan Elmander.Norwich yang lebih dulu mendapat rentak apabila Gutierrez mengutip umpanan lintang Russell Martin pada minit ketiga tetapi tandukannya dari tengah kota penalti melayang tinggi, tetapi Snodgrass tidak membuat kesilapan dua minit kemudian.Perlawanan berubah selepas rehat. Zaha membuka peluang buat Bellamy dan penyerang Wales itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol untuk tujuh kelab Liga Perdana.Kehadiran Jones turut dirasakan dalam babak kedua dan dia menjaringkan gol menerusi percubaan kedua selepas tandukannya ditampan.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Gol Terbaik Piala Dunia 2010

10 Gol terbaik pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang lalu.

Gol Terbaik Piala Dunia 2010

Keputusan Terkini Piala FA Pusingan ke 2 1/2/2014

 VS  

Lions XI VS Pahang 1-2

Hafiz Kamal-m51(Pahang)


Azidan Sarudin-m53 (Pahang)


Berkas:Johor Darul Takzim FC.jpgVS 

Johor JDT VS T-Team 2-1

Perpindahan bintang muda Jerman, Julian Draxler ke Arsenal mungkin tidak akan menjadi kenyataan

Julian Draxler ke Arsenal


Perpindahan bintang muda Jerman, Julian Draxler ke Arsenal mungkin tidak akan menjadi kenyataan biarpun ahli lembaga The Gunners pada dasarnya sudah bersetuju untuk memenuhi tuntutan tinggi 37 juta pound (RM204.08 juta) yang diletakkan oleh Schalke 04.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak bersetuju bahawa pemain tengah berusia 20 tahun itu wajar diletak harga yang sebegitu tinggi kerana kemampuan sebenarnya belum benar-benar terbukti.
Wenger, yang memegang kuasa terakhir dalam menentukan pembelian pemain percaya, Schalke sepatutnya menurunkan harga Draxler. Rundingan masih berjalan, namun seandainya kelab Jerman itu enggan berganjak maka beliau sedia mempertimbangkan beberapa pelan kecemasan lain.
Keengganan memenuhi harga Schalke juga bermakna, Gunners berisiko kehilangan pemain muda berbakat itu kepada Real Madrid atau Manchester City yang mengikuti rapat perkembangan rundingan, malah Manchester United dan Chelsea juga dikatakan berminat.


Gagal membawa Draxler, yang turut bermain baik di posisi serangan kini meletakkan Arsenal hanya memiliki satu pilihan sebelum jendela perpindahan ditutup pagi ini, iaitu melakukan pinjaman pemain.
Terdahulu, permintaan Arsenal untul meminjam penyerang muda Sepanyol, Cristian Tello menemui kegagalan selepas Barcelona memberitahu pemain berusia 22 tahun itu bahawa dia perlu kekal di Nou Camp bagi menampung kecederaan Neymar.
Kelab London itu juga ada bertanya khabar mengenai seorang lagi penyerang muda Sepanyol, Alvaro Morata daripada Real Madrid. Pilihan lain yang sedang difikirkan oleh Wenger adalah membawa penyerang legenda Jerman yang sudah berusia 35 tahun, Miroslav Klose dari kelab Itali, Lazio.
Spekulasi bahawa mereka akan mendapatkan penyerang Montenegro, Mirko Vucinic dari Juventus mungkin tidak akan menjadi kerana tiada tawaran dikemukakan untuk pemain berusia 30 tahun itu. Gunners juga dilaporkan ada mengemukakan tawaran untuk pemain veteran Bulgaria, Dimitar Berbatov daripada Fulham. 



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Choon Wah pasukan Bola Sepak dalam Olimpik 1972 meninggal dunia

Choon Wah pasukan Bola Sepak dalam Olimpik 1972  meninggal dunia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya di atas kematian bekas pemain bola sepak kebangsaan negara, Wong Choong Wah, pagi ini.
Wong, 67, meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Wong adalah seorang daripada pemain hebat bola sepak Malaysia yang pernah beraksi dalam Olimpik Munich 1972. Sedih mendengar yang beliau telah meninggal dunia,”kata Najib dalam tweet beliau hari ini.
Pemain legenda itu mengalami serangan jantung di kediamannya di Sri Petaling di sini sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur di sini pada 3 pagi.
Kematian Wong juga amat menyedihkan kerana hari ini adalah hari pertama masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina.
Mayatnya akan dikebumikan pada Isnin ini.
Legenda bola sepak negara, Wong Choon Wah, 68, yang pernah beraksi menyarung jersi pasukan kebangsaan dalam Olimpik 1972 meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi.


Kedudukan Terkini Liga Super 2014

Liga Super Malaysia bagi musim 2014 edisi yang ke – 11 adalah yang terbaik ekoran terdapat beberapa pasukan yang akan menjadi pilihan untuk bergelar juara antaranya Kelantan, ATM, Lions XII, Selangor, Pahang dan Johor Darul Takzim yang dibarisi oleh pemain sensasi negara dan juga tonggak pemain import mereka

Kedudukan Terkini Liga Super 2014


Mengenainya, dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura

Di bawah merupakan jadual perlawanan dan kedudukan terkini mahupun keputusan Liga Super Malaysia 2014 yang akan dikemaskini secara automatik

Peminat bola sepak tempatan khususnya bagi Liga Super Malaysia hanya perlu klik judul tab pada ruangan kotak aplikasi dibawah League table|Results|Fixtures untuk sebarang maklumat terkini mengenai pasukan

Sumber : Mysumber

#TeamMPWDLFADP
1Selangor320142+26
2Terengganu320142+26
3ATM320131+26
4Kelantan320143+16
5PKNS320143+16
6Darul Takzim311143+14
7Singapore LIONSXII311144+04
8Sarawak310233+03
9Pahang310212-13
10Perak310213-23
11Sime Darby310225-33
12PBDKT T-Team310214-33