Outbrain

Real patut takut dengan Messi

Cristiano Ronaldo adalah ‘pemusnah’ tetapi Real Madrid seharusnya lebih takut kepada Pemain Terbaik Dunia empat kali Lionel Messi, kata pemain Barca Jordi Alba.

Barcelona's Argentinian forward Lionel Messi (R) celebrates with Barcelona's Brazilian forward Neymar da Silva Santos

“Saya fikir mereka ialah dua pemain terbaik dunia tetapi daripada kedua-duanya, saya memilih Leo,” kata Alba apabila ditanya mana satu daripada pemain itu perlu lebih ditakuti ketika saingan di Santiago Bernabeu itu.
“Saya tidak hanya katakan ia ketika ini kerana saya berada dalam pasukan sama, saya merasakannya ketika berada di Valencia,” tambah Alba, yang berpindah ke Barcelona dari Mestalla pada 2012.
“Saya rasa Cristiano, anda mesti jujur, dia adalah pemusnah, dia pemain sangat penting buat Real Madrid. Apabila Madrid tidak berada pada tahap terbaik, dia sentiasa melakukannya,” kata pemain berusia 24 tahun itu.
“Tetapi kami memiliki Leo dan pemain lain dan saya rasa kami lebih kepada sebuah pasukan berbanding beberapa pemain individu.”
Ronaldo Pemain Terbaik Dunia dua kali, menjaringkan 41 gol dalam 37 penampilan buat Madrid tahun ini, termasuk dua jaringan ketika menang 3-1 Selasa lalu bertemu Schalke 04 yang memastikan tempat Real Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara. 
Messi mengambil alih tempat Paulino Alcantara menjadi penjaring terbanyak Barcelona sepanjang zaman dengan menjaringkan hatrik ketika pasukan gergasi Catalan itu berkenduri gol 7-0 di Osasuna dalam saingan La Liga, Ahad lalu.

0 ulasan: