SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Hajat Selangor terencat di Maldives

Hajat Selangor terencat di Maldives

Impian Selangor untuk meraih tiga mata penuh pertama dalam persaingan Piala AFC masih tidak kesampaian apabila diikat oleh kelab Maldives, Maziya S&RC dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Kebangsaan Male semalam selepas penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad menerima kad merah.

Memulakan permainan dengan begitu cemerlang, Selangor mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan pemain dari Australia, Steve Pantelidis pada minit ke-42 yang menyambar bola sepakan sudut oleh rakannya dari Brazil, Junior Aperecido namun rupanya nasib Red Giants tidak begitu baik.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Selangor terpaksa meratapi kehilangan penjaga gol veteran, Mohd. Hamsani yang menerima kad merah dengan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti.

Ahmed Mohamed mudah menyempurnakan sepakan yang diberikan untuk mengikat kedudukan tetapi Selangor yang beraksi dengan 10 pemain selepas itu masih mampu memberi ancaman kepada kubu Maziya.

Walaupun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh Mohd. Farizal Marlias yang masuk selaku penjaga gol gantian gagal diambil kesempatan oleh tuan rumah apabila tandukan Ahmad Rasheed sedikit tersasar.

Selangor kembali menguasai permainan dengan sepakan bebas yang diambil oleh K. Gurusamy hampir menemui sasaran pada minit ke-61 namun bola tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Mohamed Nishah.

Gerakan pemain dari Indonesia, Andik Vermansah dan Paulo Rangel 14 minit kemudian berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Maziya sebelum peluang keemasan yang diperolehi pada penghujung permainan oleh S. Kunanlan disia-siakan oleh pemain sayap kiri skuad kebangsaan itu yang gagal merembat tepat ke arah pintu gol.

Keputusan seri itu bagaimanapun dilihat masih sesuatu yang positif buat Red Giants kerana kini berada di tangga kedua Kumpulan F apabila pendahulu, Hanoi T&T dari Vietnam mencatatkan kemenangan ke atas Arema Indonesia dengan keputusan 3-1.

Hanoi T&T berada di tangga teratas dengan memungut enam mata penuh diikuti Selangor, 2 mata sementara Arema dan Maziya berkongsi satu mata.





Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selangor tumbang, Terengganu rampas takhta

Selangor tumbang, Terengganu rampas takhta

Takhta Liga Super kembali beralih tangan dengan Terengganu merampas daripada Selangor selepas menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Kejayaan skuad Penyu itu untuk berada di puncak liga turut dibantu dengan kekalahan Red Giants 1-4 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong, Terengganu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah apabila mendominasi sebahagian besar aksi perlawanan khususnya pada babak pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-20 apabila sepakan bebas dari luar kotak penalti yang diambil oleh pemain tengah, Mario Karlovic melantun sebelum menerjah jaring pelawat dan hanya mampu diperhatikan oleh penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim menggandakan kelebihan pada minit ke-69 apabila ketua pasukan, Ismail Faruqi Ash'ari mudah menolak masuk umpanan penyerang, Norfarhan Mohamad walaupun pertahanan Pahang cuba membantah jaringan tersebut kerana mendakwa pemain tersebut berada dalam keadaan ofsaid.

Di Larkin, JDT menunjukkan taring sebenarnya dan terlalu gagah buat Selangor apabila masih berupaya menjaringkan empat gol meskipun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak seperti Pablo Aimar dan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan.

Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh menerusi tandukan kapten pasukan malam tadi, Baihakki Khaizan yang terus menerjah ke gawang gol dan jaringan kedua melalui tandukan seorang lagi pemain dari Singapura, Harris Harun pada minit ke-33.

Anak buah Mehmet Durakovic terus hampa apabila JDT memperoleh gol ketiga pada minit ke-52 menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa hasil hantaran Amri Yahyah dan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas turut meletakkan diri selaku penjaring pada minit ke-59.

The Red Giants akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-59 namun sudah terlewat buat Selangor untuk mengelak daripada kalah buat kali kedua selepas lima perlawanan.

Kelantan naik ke tangga kedua Liga Super selepas mudah membenam T-Team dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV dengan pemain dari Mesir, Mohamed Shawky Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-32.

The Red Warriors berada dalam kedudukan selesa dengan dua lagi jaringan melalui ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radhzi pada minit ke-44 dan Mohammed Ghaddar, pada minit ke-84 sekali gus mengutip kemenangan ketiga pada musim ini.

Jaringan tunggal penyerang Serbia, Milorad Janjus pada minit ketujuh memastikan Sarawak meraih kemenangan ketiga musim ini menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak tetapi kehilangan Junior Eldstal yang dibuang padang pada minit ke-70. Pengadil, Sukri Abdul Rahman turut melayangkan lapan kad kuning.

Di Stadium MP Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kempunan untuk meraih tiga mata penting apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Lions XII walaupun The Gladiators terlebih dahulu di hadapan pada minit keempat melalui Amiridzwan Taj.

Jurulatih Lions, Fandi Ahmad mengubah percaturan pada babak kedua yang membawa hasil apabila Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 sebelum Afiq Yunos membuatkan anak-anak buah B. Sathianathan tertunduk layu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd