Outbrain

Resepi Kek : Kek Gulung

Resepi Kek : Kek Gulung

KEK GULUNG POLKA DOT
Bahan-bahan

Bahan A
6 biji putih telur
4 sudu kecil gula halus
Bahan B
6 biji kuning telur
150g gula halus (gula pasir dikisar)
100g air
100g minyak masak
160g tepung gandum – ayak
2 sudu kecil esen vanila
Bahan C
Chocolate spread
Pewarna pink
 

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan bahan A.
2.  Untuk bahan B, pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air, minyak, esen  vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan A hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 4 sudu besar adunan (tambah pewarna pink).Masukkan  adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipekn ke atas loyang bentuk polka dot besar
4.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5. Tuang baki adunan ke atas motif polka dot, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.Pastikan kertas minyak itu telah disapu marjerin/butter.Keluarkan kertas alas bawahnya.Terbalikkan semula dia atas kertas minyak lain (sudah disapu marjerin) supaya bahagian polka dot berada di bawah.
7.  Kemudian terus gulungkan sekali dengan kertas minyak.Biarkan sekejap dalam 1 minit dan buka balik gulungan. Sapu rata chocolate spread, kemudian gulung semula dengan perlahan-lahan.Pastikan gulungan padat untuk dapatkan gulungan yang cantik.Selamat mencuba!!:)


Sumber : rotikarya

0 ulasan:

Popular Posts