Syeikh Ali al-Shobuni: Syiah bunuh kanak-kanak, wanita, dan robohkan masjid
Di antara ciri khas akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah mentauhidkan Allah Subhanahu wa ta'ala, mencintai Rasulullah dan mencintai para sahabat Rasul shalallahu alaihi wa sallam. Sedangkan orang yang melaknat para Sahabat, melaknat Abu Bakar, Umar dan Aisyah Radhiallahu anhum bukanlah termasuk Muslim.
Demikian dikatakan oleh ulama kontomporer, Syeikh Muhammad Ali al-Shobuni dalam dialog bertema "Memahami Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah" selepas solat Jumaat di Masjid al-Akbar Surabaya pada Jumaat (28/12/2012) kelmarin seperti dilaporkan dari hidayatullah . com.
Dalam dialog yang dipandu oleh KH. Abdurrahman Navis, Lc, anggota MUI Jawa Timur, Syeikh al-Shobuni mengecam keras kelompok Rafidhah. Menurut ulama kelahiran Syria itu, Rafidhah itu penentang Allah, kafir dan terlaknat.
Dalam kesempatan itu, Syeikh al-Shobuni juga menceritakan sedikit tentang keadaan Muslim Sunni di Syria, di mana menurutnya, kaum Muslim di Syria sedang menghadapi cubaan dan penderitaan.
Dia mengaku telah dihalang masuk ke Syria selama lima tahun oleh kerajaan Bashar Assad yang berfahaman Syiah.
Diceritakan, mereka golongan Rafidhah berlaku kejam dan melakukan tindakan keji. Membunuh anak-anak, wanita dan merobohkan masjid-masjid.
"Adakah ini yang disebut Muslim. Mereka kaum terlaknat, dan thoghut," ujar penulis kitab Tafsir Ayatil Ahkam dan Shofwatu Tafasir ini.
Ia menerangkan, kebiasaan buruk tersebut bukanlah ciri Muslim.
"Akidah Ahlus Sunnah tidak mengajarkan membunuh anak-anak, wanita dan mengutuk para sahabat," tegasnya.
Di hadapan para jemaah solat Jumaat Syeikh yang disebut-sebut mufassir abad ke-21 ini berpesan bahawa perbezaan di antara ulama 'Ahlus Sunnah adalah perbezaan pada soal ijtihad.
"Perbezaan di kalangan Asy'ari, Maturidi dan lain termasuk perbezaan di antara fuqaha seperti membaca bismillah pada fatihah Solat itu bukan perbezaan prinsip", tegas ulama yang pernah mengajar di Ribath Sayyid Muhammad al-Maliki Mekah.
Di antara mereka, tidak ada yang mengutuk para sahabat. "Mencela sahabat dan mengubah-ubah Al-Quran itu bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah".
Mengutuk sahabat seperti golongan Rafidhah bukan akhlak Ahlus Sunnah. "Bagaimana mungkin seorang Muslim yang baik melaknat sahabat. Padahal para sahabat diredhai oleh Allah swt, dan Islam tersebar hingga saat ini berkat jasa sahabat. Justeru merekalah (Rafidhah) yang terlaknat", jelasnya.
Syeikh Ali al-Shobuni, adalah mufassir kenamaan yang hidup di abad ke-21. Karyanya Tafsir Ayatil Ahkam dipelajari oleh pelajar di seluruh dunia.
Syeikh al-Shobuni menyelesaikan program masternya di universiti Al-Azhar dengan mengambil tesis tentang undang-undang dalam Islam pada tahun 1954 M. Kini, dia bermukim di Mekah dan tercatat sebagai salah seorang kakitangan pengajar tafsir dan ulumul Qur'an di fakulti Syariah dan Dirosat Islamiyah Universiti Malik Abdul Aziz. Selain dikenali sebagai pakar ilmu al-Quran, Bahasa Arab, Fekah, dan Sastera Arab, Syeikh Ali al-Shobuni pernah dianugerahkan sebagai tokoh Muslim Dunia 2007 oleh DIQA.
Diterjemahkan dari sumber arrahmah
0 ulasan: