Outbrain

Karyawan anjur majlis tahlil

Karyawan anjur majlis tahlil

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) akan menganjurkan majlis tahlil buat ahli-ahlinya yang telah meninggal dunia di Dataran Karyawan Finas, Hulu Klang di sini pada 14 Februari ini mulai pukul 6.30 petang.

Menurut Setiausaha Karyawan, Datin Paduka Julie Sudiro, majlis itu juga terbuka kepada bukan ahli-ahli Karyawan dan orang ramai yang ingin menyertai aktiviti keagamaan anjuran persatuan tersebut.

"Orang ramai juga boleh menyertai majlis ini kerana selain majlis tahlil, bekas penyanyi kumpulan Wings, Mel juga akan menyampaikan ceramah motivasi.

"Kami juga menjemput para pelajar Tahfiz Maahad Al-Quran Al Imam Syafie bagi menjayakan program itu dan bekas finalis Akademi Fantasia iaitu Salima yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran," katanya kepada Utusan Online semalam.

Tambah Julie lagi, solat Maghrib dan Isyak berjemaah akan diadakan di situ yang mana Karyawan mensasarkan lebih 200 ahli persatuan itu akan menjayakan aktiviti anjuran Biro agama di bawah kendaliannya.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

0 ulasan: