Matikan touchpad pada Ubuntu 12.10
Touchpad mungkin merupakan komponen paling kurang cerdik yang terdapat pada laptop. Bila menaip, mudah sahaja telapak tangan anda untuk tersentuh touchpad dan menyebabkan cursor terlompat ke sana-sini.
Mujurlah pada Ubuntu 12.10, terdapat fungsi yang boleh menyelesaikan masalah ini. Tekan butang Super (yang ada logo Windows) dan taipkan ‘touchpad’, kemudian klik “Mouse and Touchpad”.
![Matikan touchpad pada Ubuntu 12.10 Ubuntu: Mouse and Touchpad](http://sembangkomputer.com/wp-content/uploads/2013/02/touchpad-01-580x247.png)
Pada tab Touchpad, anda dapat lihat tetapan “Disable touchpad while typing” yang telah sedia ditandakan. Tetapan inilah yang dapat membantu anda mematikan touchpad sewaktu menaip.
![Matikan touchpad pada Ubuntu 12.10 Ubuntu: Touchpad settings](http://sembangkomputer.com/wp-content/uploads/2013/02/touchpad-02-580x341.png)
Mematikan touchpad sepenuhnya dengan Touchpad Indicator
Jika anda lebih selesa menggunakan mouse dan ingin mematikan touchpad sepenuhnya, gunakan Touchpad Indicator. Untuk memasang Touchpad Indicator, taipkan arahan ini ke dalam terminal:
sudo apt-get install python-pyudev
Kemudian download fail .deb bagi Touchpad Indicator di sini. Buka fail tersebut dan install seperti biasa. Lancarkan Touchpad Indicator dan anda dapat pilih “Disable Touchpad”.
![Matikan touchpad pada Ubuntu 12.10 Touchpad Indicator](http://sembangkomputer.com/wp-content/uploads/2013/02/touchpad-indicator.png)
Sumber : SembangKomputer

0 ulasan: