Outbrain

Zizan kuasai anugerah Meletop Era


Zizan kuasai anugerah Meletop Era

Pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai selebriti paling
berpengaruh apabila menguasai Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Zizan unggul menerusi empat daripada 17 kategori yang dipertandingkan seperti Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop.

Selain itu, dia juga pulang bergaya dengan wang tunai RM15,000 dan trofi apabila memenangi kategori Anugerah Wechat Meletop yang dipilih berdasarkan undian tertinggi menerusi aplikasi Wechat.

Kemenangan Zizan sudah dijangka apabila mendapat pencalonan tertinggi sekali gus membawa dia sekali lagi untuk memenangi kategori Top Top Meletop (Lelaki) manakala pelakon baru Zara Zya memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita). Kedua-duanya memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, penyanyi Hafiz pula memenangi tiga kategori iaitu Grup/Duo Meletop bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Penyanyi Meletop manakala lagu Bahagiamu Deritaku miliknya diangkat sebagai Lagu Meletop.

Dalam pada itu, duo kelahiran Singapura, Sleeq memenangi kategori Artis Serantau Meletop.

Filem KL Gangster 2 yang penuh kontroversi apabila dibocorkan di internet sebelum tarikh tayangan pula memenangi kategori Filem Meletop.

Lain-lain anugerah ialah Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Program TV Meletop, Bintang TV Meletop dan Bintang Filem Meletop

Anugerah yang pertama kali diadakan itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Persembahan daripada selebriti tempatan seperti Mark Adam, Najwa Latif, Azhael AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz, Royal FT Force, Cakra Khan, Zizan, Kaka, Waris dan Datuk Hattan memeriahkan lagi majlis penganugerahan tersebut.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 ulasan: