Outbrain

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Sumber : Aisyahzahari

0 ulasan: