Outbrain

Resepi Kek : Kek Batik Biskut Marie

Resepi Kek : Kek Batik Biskut Marie


Bahan-bahan:


  1. Milo ( 1 cawan)
  2. Serbuk koko 3 sudu makan
  3. Buttercup 250g
  4. Telur 2 biji
  5. Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
  6. Susu pekat manis 1/2 tin
  7. Air putih 1/2 cawan


Cara Menyediakannya:


  1. Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
  2. Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
  3. Masukkan buttercup hingga cair.
  4. Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
  5. Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
  6. Apabila sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.
Sumber :ruhayurazali

0 ulasan: