Cara Download Guna Torrent
#1 Torrent Client
mula-mula sekali korang harus ada software untuk guna torrent ni. ada banyak torrent client kat internet tapi pilihan aku adalah utorrent sebab senang nak guna.
--------------------------------------------
#2 Website Yang Menyediakan Torrent
lepas korang dah siap install utorrent tu, sekarang korang perlu pulak untuk cari mende yang korang nak download. sebagai contoh aku nak download "fast and furious 6 trailer".
mula-mula kita perlu ke website Torrentz.eu dan mulakan carian "fast and furious 6 trailer". ok, tengok result yang keluar seperti di bawah:
then korang perlu pilih result yang paling banyak seeds. seeds nombor yang berwarna hijau tu. dalam kes ni, seeds paling banyak ialah 682 seeds. pilih yang itu.
tengok gambar kat atas ni. korang boleh pilih mana-mana link selain dari link yang pertama. link yang pertama tu hanyalah iklan semata-mata. kes kita sekarang ni aku pilih dari kickasstorrents.com.
lepas korang pilih dari mana korang nak amek file torrent tu, korang perlu la cari magnet link. kalau nak tekan download torrent pun boleh tapi lepas korang download file torrent tu, korang perlu la open file torrent yang korang download tu. aku pilih magnet link sebab dia akan terus bukak torrent client kita iaitu utorrent.
kemudian korang tekan launch application.
tekan OK pastu korang boleh tunggu sampai download siap. mudah kan? aku yakin kalau korang ikut steps aku betul-betul, korang takkan ada pape masalah nak download menggunakan torrent.
--------------------------------------------
torrent ni best sebab hampir semua mende kita boleh download dari lagu, software, movies, series etc.
lepas ni aku akan ajar macam mana nak update trackers bagi menambahkan lagi kelajuan download korang. aku dah biasa cari barang kat Torrentz.eu ni. untuk download muvi-muvi Melayu, korang boleh cari di thepiratebay.se.
--------------------------------------------
sebarang pertanyaan korang boleh tinggalkan comment. aku akan reply kat sini jugak, jadi korang kene kerap datang sini tengok kalau-kalau aku ada reply pertanyaan korang. selamat mencuba! :)
Sumber : Gulaitmepoyakikanpatin
0 ulasan: