Outbrain

Keindahan Kota Kinabalu


Bandar Kota Kinabalu
Bandar Kota Kinabalu

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai "KK"), dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725.

Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer (56 bt) dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Bendera Kota Kinabalu
Bendera Kota Kinabalu

Mohor Kota Kinabalu
Mohor Kota Kinabalu

Lembaga pengarah SBUB.
Lembaga pengarah SBUB.


Tuan Charles Jessel,
Tuan Charles Jessel,

Sejarah
 
Lewat tahun 1800-an, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mula menubuhkan jajahan di seluruh Borneo Utara. Pada tahun 1882, Syarikat ini telah mengasaskan sebuah penempatan kecil di kawasan yang dikenali sebagai Teluk Gaya yang didiami oleh suku kaum Bajau. Petempatan pertama adalah di Pulau Gaya. Pada tahun 1897, penempatan pertama ini telah dibakar dan dimusnahkan oleh pejuang kebebasan Bajau, iaitu Mat Salleh.



Tuan Charles Jessel, Naib Pengerusi SBUB pada ketika itu, nama Jesselton diambil dari nama beliau.
Selepas kemusnahan Pulau Gaya, SBUB memutuskan untuk memindahkan penempatan ke tanah besar yang lebih mudah dipertahankan seperti di Teluk Gantian (kini Teluk Sepanggar) pada tahun 1898. Walau bagaimanapun, ia didapati tidak sesuai. Pada tahun 1899, Encik Henry Walker, Pesuruhjaya Tanah mengenal pasti tapak 30 ekar (12 ha) sebagai gantian bagi Teluk Gantian. Sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Api-Api (lihat Nama asal dibawah) telah dipilih kerana kedudukannya yang dekat dengan Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara dan merupakan pelabuhan semula jadi yang dilindungi daripada angin. Pusat pentadbiran yang baru ini dinamakan Jesselton selaras dengan nama Tuan Charles Jessel, yang merupakan Naib Pengerusi SBUB pada ketika itu.
Akhirnya, Jesselton menjadi sebuah pos perdagangan utama Borneo Utara, dengan perdagangan getah, rotan, madu, dan lilin giat dijalankan. Keretapi baharu telah digunakan bagi mengangkut barang-barang ke pelabuhan Jesselton. Kebangkitan orang Melayu dan Bajau pada masa itu tidak sangat ketara, dan syarikat juga bekerja keras untuk membanteras ancaman lanun yang telah lama berlaku di rantau ini.
Bandar ini telah dibakar oleh pihak British ketika Perang Dunia Kedua bagi mengelakkan ia daripada jatuh ke tangan Jepun. Selepas pengambilalihan Borneo oleh Jepun, ia sekali lagi dinamakan Api. Beberapa pemberontakan terhadap pentadbiran tentera Jepun berlaku di Api. Satu pemberontakan utama yang berlaku adalah pada 10 Oktober 1943 oleh kumpulan yang dipanggil sebagai Gerila Kinabalu yang terdiri daripada penduduk tempatan. Tentera Jepun menghentikan pemberontakan ini selepas pemimpinnya, Albert Kwok, ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1944.

 Pada peringkat akhir perang, bandar ini dimusnahkan sekali lagi oleh Tentera Bersekutu dengan pengeboman pada waktu siang dan malam untuk tempoh lebih enam bulan sebagai sebahagian daripada Kempen Borneo pada tahun 1945. Aksi ini meninggalkan hanya tiga bangunan yang kekal berdiri. Perang di Borneo Utara berakhir dengan penyerahan diri rasmi Tentera Darat Jepun yang ke-37 oleh Leftenan Jeneral Baba Masao di Labuan pada 10 September 1945.
Selepas perang tamat, SBUB kembali untuk mentadbir Jesselton tetapi tidak mampu untuk membiayai kos pembinaan semula yang sangat besar. Mereka menyerahkan pengawalan Borneo Utara kepada Mahkota British pada 15 Julai 1946. Kerajaan kolonial baharu telah dipilih bagi membina semula Jesselton sebagai pusat pemerintahan baharu selain daripada Sandakan, yang juga telah dimusnahkan sewaktu perang.
Pada tempoh 1948-1955, sebuah Pelan Pembangunan Semula dan Pembangunan untuk Borneo Utara telah ditubuhkan oleh kerajaan British. Kerajaan British telah meluluskan dana sebanyak £ 6,051.939 – £ 2,232.882 bagi membina semula dan £ 3,819.057 bagi pembangunan baharu. Jalan raya telah dibina, pelabuhan dibersihkan dan lapangan terbang dibaiki. Pembangunan semula pekan dan sektor pertanian juga diberi tumpuan. Roy Edgardo Parry, Pengarah Pendidikan pertama, telah dilantik untuk menyediakan pelan lima tahun bagi pembangunan pendidikan.
Apabila Borneo Utara bersatu dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, negeri ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sabah, dengan Jesselton kekal sebagai pusat pemerintahan utama. Jesselton telah ditukar namanya kepada Kota Kinabalu pada 30 September 1968 dan menerima status bandar raya daripada kerajaan Malaysia pada 2 Februari 2000.

Tarikan dan tempat-tempat rekreasi



Padang Merdeka
Proklamasi Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka pada 16 September 1963, kelihatan Tun Fuad Stephens di sebelah kiri yang berpakaian hitam.


Padang Merdeka merupakan tapak di mana pengisytiharan pembentukan Malaysia berlaku. Pengisytiharan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu, Tun Fuad Stephens pada 16 September 1963, juga dikenali sebagai Hari Malaysia.Pada hari ini, tapak tersebut menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Bandar tahunan pada 2 Februari, Hari Merdeka pada 31 Ogos, dan beberapa perayaan-perayaan lain.

Menara Jam Atkinson berada berdekatan Bandaran Berjaya. Menara jam ini telah dibina oleh Mary Edith Atkinson pada tahun 1905 bagi mengingati anaknya, Francis George Atkinson.Menara ini dahulunya digunakan bagi membantu laluan kapal-kapal. Ia merupakan salah satu daripada tiga struktur tinggalan Perang Dunia Kedua yang kekal sehingga ke hari ini. Satu lagi tapak peringatan yang terkenal di sini ialah Peringatan Perang Petagas yang terletak berdekatan KKIA. Ia merupakan sebuah tapak peringatan bagi mengingati mereka yang telah terkorban ketika menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ia juga merupakan tempat di mana gerila Kinabalu telah dibunuh oleh tentera Jepun pada tahun 1944. Selain itu, Tugu Peringatan Double Six, yang terletak di Sembulan turut menjadi simbol peringatan bagi negeri Sabah. Tugu ini merupakan sebuah tapak peringatan bagi mengingati Tragedi Double Six pada 6 Jun 1976 yang telah meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu, Tun Fuad Stephens beserta enam lagi menteri lain.


Terdapat banyak tempat rekreasi dan kawasan pemuliharaan di sekitar Kota Kinabalu. Anjung Samudra (KK Waterfront) antaranya merupakan tempat hiburan tepi pantai di pusat bandar yang mempunyai restoran, kafe, pub, dan kelab malam. Royal Sabah Turf Club di Tanjung Aru juga menjadi tuan rumah kepada acara lumba kuda mingguan tetapi kini ianya telah ditutup dan dipindahkan ke Padang Lumba Kuda Tambalang di Tuaran disebabkan oleh pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kereta Api Borneo Utara yang memulakan perjalanan dari stesen Tanjung Aru juga menawarkan pelancongan indah desa di Bahagian Pantai Barat dan Bahagian Pedalaman. Perjalanan keretapi ini berakhir di Tenom. Selain itu, Sutera Harbour Golf and Country Club berhampiran pusat bandar yang dibina di atas tanah tebus guna juga telah siap sepenuhnya. Ia menempatkan sebuah padang golf dan dua hotel.Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer (3.7 bt) dari pusat bandar merupakan salah satu pantai di Pantai Barat. Namanya diambil daripada pokok sena (sejenis pokok tempatan yang dipanggil Aru) yang tumbuh di kawasan pantai. Pantai ini mempunyai panjang lebih kurang 2 kilometer (1.2 bt) dan dilengkapi dengan beberapa gerai makanan dan minuman, restoran, dan juga kelab-kelab hiburan malam. Di sekitar kawasan Tanjung Aru terletaknya Kinabalu Golf Club, Taman Botani Putera Philip, Kelab Kapal Layar KK, dan Resort Pantai Shangri-La. Pantai ini sangat terkenal dengan keindahan pemandangan matahari terbenam yang dapat dinikmati orang ramai.Terletak di dalam kawasan Teluk Likas ialah Kawasan Perlindungan Burung Kota Kinabalu. Dengan kawasan seluas 24 ekar (97,000 m²), ia merupakan kawasan hutan asali yang masih wujud hingga sekarang di sepanjang kawasan pantai Kota Kinabalu.[89] Kawasan ini diwartakan pada September 1996 oleh kerajaan negeri bagi memupuk kesedaran terhadap nilai kawasan tanah lembap. Taman Zoologi dan Botani Sabah (Lok Kawi Wildlife Park) pula terletak di Lok Kawi, kira-kira 20 kilometer (12 bt) di selatan bandar. Taman ini merupakan zoo yang pertama di Sabah. Terletak di sebidang tanah seluas 280 ekar (1.1 km2), ia juga boleh dikatakan sebagai zoo yang terbesar di Malaysia.Taman Tun Fuad Stephens yang terletak di Bukit Padang juga merupakan tempat joging dan mendaki yang popular di kalangan penduduk tempatan. Ia dikelilingi oleh hutan dan terdapat sebuah tasik buatan manusia. Ia mempunyai beberapa gerai makan dan restoran. Taman Tunku Abdul Rahman adalah Taman Negara yang terdiri daripada pulau Sapi, Mamutik, Manukan, Sulug dan Gaya. Ia merupakan tempat yang paling popular untuk menyelam. Taman ini boleh dilawat dengan menggunakan bot yang terdapat di terminal feri dan hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 30 minit untuk sampai ke sana. Sungai Babagon, di Penampang, dan air terjun Kiansom berhampiran Inanam juga merupakan tempat yang popular untuk berkelah dan mandi.
Di kawasan luar bandar, lebih kurang 70 kilometer (43 bt) dari Kota Kinabalu, terletak Taman Negara Banjaran Crocker, berhampiran dengan Keningau. Taman Crocker adalah tempat yang popular untuk pendakian dan juga perkhemahan hutan. Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan pintu masuk ke salah satu taman negara yang paling popular di Malaysia, iaitu Taman Negara Kinabalu. Perjalanan ke taman ini memakan masa dua jam dari bandar dan dan di sanalah letaknya Gunung Kinabalu. Selain itu, Hutan Simpan Rafflesia, (30 kilometer (19 bt) dari bandar) yang berada di Tambunan dan bersempadankan Taman Negara Banjaran Crocker, juga merupakan tempat tarikan pelancong. Spesies bunga yang terbesar di dunia, iaitu Rafflesia, boleh didapati di sini. Berdekatan di sini juga ialah Gunung Emas Highland Resort yang merupakan satu lagi tempat yang terkenal dengan pemandangan dan cuaca sejuk. Ladang Buaya Tuaran, yang berada kira-kira 30 kilometer (19 bt) ke utara bandar mempunyai sekitar 1,400 ekor buaya dalam kandang, menjadikannya yang terbesar di Sabah.

1Borneo
1Borneo, pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia Timur.

Panggung wayang Golden Screen Cinemas
Panggung wayang Golden Screen Cinemas yang terletak di Suria.

Masjid Negeri Sabah
Masjid Negeri Sabah.

Tanjung Aru
Tanjung Aru

Sumber : wikipedia




3 ulasan:

  1. sekarang paling best kat area gunung kinabalu...spt tengok kabus ais..tak payah naik..kat bawah pun banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau naik lagi menarik dapat menambahkan pengalaman hidup..

      Padam