Outbrain

Justin Bieber akan mati seperti Michael Jackson

Justin Bieber Mati  seperti Michael Jackson


Bekas pembantu rumah penyanyi Justin Bieber di Selatan California melahirkan perasaan takut jikalau majikannya itu kelak bakal mati seperti Raja Pop, Michael Jackson (MJ).
Dalam satu temu bual, Tatiana Voziouk memberitahu dia pernah melihat bagaimana penyanyi remaja itu mengadakan pesta yang membabitkan penggunaan dadah dan marijuana yang dicampur-aduk dalam minuman sirap dan soda yang disajikan.
"Dadah dan teman-teman sekeliling membuatkan Justin seperti zombie. Saya betul-betul takut jika dia akan menjadi seperti Michael Jackson, jika tidak berubah daripada sekarang.
"Saya sedih melihat keadaannya itu. Saya bukan ingin memburukkan dia tetapi bercakap kerana saya mengambil berat tentangnya," kata wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Bieber sejak Ogos 2012 kepada Sunday People.
Voziouk, 47, turut memberitahu bagaimana marijuana dihantar ke kediaman mewah Bieber oleh sebuah syarikat yang berpura-pura menghantar perubatan kepada penyanyi itu.
Tambahnya, dia pernah melihat sebuah botol ubat batuk yang disahkan di dalamnya mengandungi kodeina.
"Selalunya selebriti suka jika kita buang minuman mereka yang telah ditinggal lama kerana takut keracunan. Tapi lain pula halnya dengan Bieber, dia melarang saya daripada menyentuh dan membuang botol tersebut.


"Saya jarang melihat dia minum ubat daripada botol itu tetapi dia sering tanya di mana saya simpan botol tersebut. Memang saya tidak pernah nampak dia campur dalam minuman tapi tiap kali ada parti, botol ubat itu pasti ada sebelahnya," cerita Voziouk.
Menurutnya lagi, kebanyakan pengguna marijuana mengambil barang terlarang itu menerusi biskut, lolipop serta gula-gula. Dan barangan tersebut sentiasa ada stok di kediaman Bieber.
"Saya selalu mengutip sampah sarap bekas pengambilan barangan terlarang tersebut di dapur dan kawasan kolam. Sebenarnya, saya pernah beritahu ibu Justin perihal tersebut tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
"Ibunya, Pattie Mallette dan pengurus, Scooter Braun tidak menunjukkan kesungguhan untuk membantu memulihkan tabiat buruk penyanyi itu. Justin seorang anak yang baik dan berbakat, saya amat ambil berat tentang masa depannya. Dia sebenarnya adalah seorang anak yang kehilangan arah tuju dalam kehidupan," katanya sedih.
Bekas pembantu rumah itu juga merujuk tentang kehilangan penyanyi legenda Elvis Presley yang meninggal dunia 40 tahun lalu kerana bekerja keras dan pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.
"Lihat sahaja Michael Jackson mula mengambil dadah ketika usianya 20-an, sedangkan Justin belum lagi mencecah 20 tahun dan apa yang akan terjadi padanya kelak amat menyedihkan," katanya terus terang.





0 ulasan: