Outbrain

Dim Sum resepi masakan China

Resipi Dim Sum

Siew Mai

Dim Sum resepi masakan China

Resipi Dim Sum



Bahan-bahan:


Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan        (berbentuk bulat)


  1. 150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu
  2. 200 gram daging ayam, cincang
  3. 1/2 batang daun bawang, cincang
  4. 3 sudu makan water chesnut/bengkuang,
  5. cincang 1 biji telur
  6. 2 sudu makan tepung maizena
  7. 1 sudu makan air kunyit
  8. 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  9. 1 sudu teh gula pasir
  10. 1 1/2 sudu teh garam
  11. 1 sudu makan kicap masin
  12. 1 sudu teh minyak bijan
  13. 1 sudu makan air
  14. 1 sudu makan minyak

Cara penyediaan:


Isi:
  1. Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.
  2. Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.
  3. Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.
  4. Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.
  5. Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.
  6. Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.



    Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di restoran-restoran Cina yang menjual Dim Sum sebagai sarapan pagi, ini merupakan cara makanan tradisional tersebut dihidangkan kepada pelanggannya.Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.



0 ulasan: