Outbrain

Resepi Masakan : Pizza Mini

Resepi Masakan : Pizza Mini

Bahan-bahan doh roti pizza:

1)   200 gram tepung gandum

2)   1 sudu gula

3)   Sedikit garam

4)   1 sudu kecil yis

5)    125 ml air

6)    1 sudu marjerin



Bahan-bahan lain:

1)   Sedikit isi ayam (digoreng dan dipotong dadu)

2)   Bawang (dipotong dadu kecil-kecil)

3)   1 sudu minyak masak

4)   Sos tomato / Pes tomato

5)   Sedikit serbuk lada hitam

6)   Garam dan gula secukup rasa Keju mozzarella



Cara-cara:


  1. Campurkan tepung gandum, gula, garam, yis dan marjerin ke dalam mangkuk. Air dituang sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tadi. Uli sehingga doh tidak lagi melekat di tangan. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan selama 45-60 minit.
  2. Canai doh sehingga setebal 0.5 cm. Kemudian tekap doh menggunakan cawan dan tarik doh keluar.
  3. Sapu dulang dengan sedikit marjerin agar roti yang dimasak tidak melekat. Letakkan doh roti yang telah siap ditekap ke dalam dulang dan cucuk sedikit dengan menggunakan garfu agar roti masak di bahagian dalam. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200ºC dan bakar selama 15 minit.
  4. Goreng isi ayam dan asingkan. Panaskan minyak, tumis bawang, dan masukkan sos tomato/ pes tomato, sedikit lada hitam, garam serta gula secukup rasa.
  5. Sapukan kuah sos yang telah siap dimasak ke atas roti pizza yang telah siap dibakar tadi. Taburkan isi ayam dan keju mozarilla ke atas roti.
  6. Bakar semula roti pizza ke dalam oven bersuhu 200ºC selama 8 minit sehingga keju mozzarella cair.


Selamat mencuba . Insyaallah, resepi-resepi menarik yang lain akan menyusul lagi pada masa akan datang.

Sumber : fikrahhalaqah

0 ulasan:

Popular Posts