Outbrain

Solksjaer raih kemenangan pertama

Solksjaer raih kemenangan pertama

Dua pemain baharu, Kenwyne Jones dan Wilfried Zaha mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan sulung mereka untuk Cardiff apabila membantu kelab itu menang 2-1 di tempat sendiri ke atas lawan yang turut dalam kelompok zon penyingkiran, Norwich semalam.Zaha merancang jaringan Craig Bellamy untuk gol penyamaan selepas rehat manakala Jones menghasilkan gol kemenangan dua minit kemudian.Keputusan itu memberikan Ole Gunnar Solskjaer kemenangan pertama dalam Liga Perdana sejak menjadi pengurus kelab Wales itu dan menganjakkan mereka dari tempat tercorot di depan Fulham.Zaha, yang dipinjam daripada Manchester United, memulakan perlawanan pertamanya dengan berada di bangku simpanan, tetapi dimasukkan beberapa minit sebelum rehat untuk menggantikan Peter Whittingham.

Pemain pertahanan dari Brazil, Fabio dan penyerang Trinidad and Tobago, Jones juga tampil buat kali pertama manakala ketua pasukan, Mark Hudson tidak dapat bermain kerana masalah hamstring.Boss Norwich, Chris Hughton pula membawa masuk Alexander Tettey, Jonas Gutierrez dan Johan Elmander.Norwich yang lebih dulu mendapat rentak apabila Gutierrez mengutip umpanan lintang Russell Martin pada minit ketiga tetapi tandukannya dari tengah kota penalti melayang tinggi, tetapi Snodgrass tidak membuat kesilapan dua minit kemudian.Perlawanan berubah selepas rehat. Zaha membuka peluang buat Bellamy dan penyerang Wales itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol untuk tujuh kelab Liga Perdana.Kehadiran Jones turut dirasakan dalam babak kedua dan dia menjaringkan gol menerusi percubaan kedua selepas tandukannya ditampan.



Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

0 ulasan: