Outbrain

Pemain penting Arsenal sambung kontrak

Pemain tengah, Aaron Ramsey bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.

Santi Cazorla of Arsenal (L) celebrates with Olivier Giroud (R) as he scores their first goal

Selain pemain Wales itu, Santi Cazorla dan pemain remaja berbakat, Gedion Zelalem turut menandatangani kontrak baharu bagi mengharungi musim-musim akan datang di bawah kendalian pengurus, Arsene Wenger, menurut laporan akhbar Britain, The Guardian.
Ramsey, 23, sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan paha dan berharap dapat segera kembali beraksi bagi membantu Arsenal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain menjuarai Piala FA.
Ramsey telah menjaringkan 13 gol musim ini sebelum mengalami kecederaan.
"Saya dapat rasakan lebih banyak perkara menarik akan tiba. Pada musim ini saya buktikan pendapat kebanyakan orang adalah tidak tepat.
"Saya berhadapan waktu sukar ketika mengalami kecederaan tetapi saya berjaya mengharunginya selain yakin saya bertambah baik dalam setiap perlawanan. Pada waktu ini saya berharap dapat kembali ber­aksi semula secepat mungkin dan membuktikan kemampuan saya serta mengakhiri musim ini dengan bergaya," katanya.

0 ulasan: