SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Peliharalah Dua Kalimah Syahadah Anda

Peliharalah Dua Kalimah Syahadah Anda

Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu.

Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka. Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia.

Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara.

Ia berlaku melalui 3 aspek:

Iktikad (kepercayaan),
perbuatan dan
perkataan. Di antaranya:


Iktikad

1. Syak terhadap kewujudan Allah

2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul

3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain.

4. Tidak percaya atau syak terhadap satu daripada sifat-sifat wajib Allah yang telah disepakati ulama, atau percayakan sifat wajib Allah seperti ‘ilmu’ tetapi tidak mempercayai ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu walaupun sekecil-kecilnya.

5. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, merampas, liwat, minum arak dan lain-lain atau sebaliknya iaitu mengharamkan sesuatu yang halal (dengan ijmak) seperti jual beli, pernikahan, makan-minum dan lain-lain.

6. Menafikan sesuatu yang wajib dengan ijmak ulama seperti solat fardhu 5 waktu atau menafikan satu sujud dalam solat fardhu, zakat, puasa di bulan Ramadhan, fardhu haji, wudhuk.

7. Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib (dengan ijmak ulama) seperti mengiktikadkan wajibnya solat 6 fardhu.

8. Menafikan perkara sunat (dengan ijmak ulama) seperti sunat rawatib dan sunat 2 hari raya.

9. Bercita-cita untuk kufur pada masa akan datang

10. Syak terhadap imannya sama ada ia beriman atau tidak

11. Syak sama ada mahu kufur atau tidak (terus kufur ketika itu) melainkan was-was kerana ia dari syaitan.

12. Engkarkan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi kerana ia thabit dengan nas Quran.

13. Menafikan kerasulan seorang rasul atau kenabian seorang nabi yang disepakati ulama seperti Nabi Isa. (Tidak kufur mereka yang engkarkan Khidhir kerana tidak disepakati ulama)

14. Engkarkan satu huruf yang disepakati dari Quran atau melebihkan satu huruf darinya (Tidak kufur mereka yang engkarkan Basmalah satu ayat dari Fatihah kerana ulama tidak ijmak terhadap perkara tersebut)

15. Mendustakan seorang pesuruh Allah seperti tidak percayakan kerasulannya, menghina perkataannya, mengurangkan pangkat dan kedudukannya, melecehkan namanya dan bentuk-bentuk penghinaan kepada rasul.

16. Membenarkan adanya nabi/rasul selepas Nabi Muhammad saw.

17. Mengiktikadkan keadaan warna kulit Nabi Muhammad itu hitam atau bukan Quraisy.

18. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa.

Perbuatan

1. Sujud kepada berhala, patung, tugu, matahari atau makhluk lain.

2. Mencampakkan mushaf (al-Quran) ke tempat yang hina seperti tempat najis, tandas, tong sampah, atau dikesat hingus, air liur atau lain-lain dengan maksud mempersenda, menghina atau meringan-ringankan al-Quran. Demikian juga kitab-kitab hadis dan ilmu syariah denagn maksud menghinanya.

3. Pergi ke rumah ibadat agama lain dengan memakai pakaian keagamaan mereka. Tidak kufur jika pergi ke rumah ibadat agama lain tanpa memakai pakaian keagamaan mereka; atau memakai pakaian keagamaan tanpa pergi ke rumah ibadat mereka, dengan syarat perbuatan ini dibuat tanpa redha kepada agama mereka, cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan agama Islam. Jika perbuatan tersebut dibuat disertai dengan redha kepada agama mereka, maka kufur ketika itu juga.

Perkataan

1. Menyebut kepada orang Islam: “Hei si kafir!” dengan maksud kufur agama. Jika disebut demikian dengan maksud kufur nikmat atau lainnya, tidak menjadi kafir, cuma haram sahaja. Tetapi jika ia mengiktikadkan halalnya ucapan tersebut, ia menjadi kafir.

2. Menyebut kepada orang Islam: “Hei Yahudi!”

3. Menyebut kepada orang Islam: “Hei orang yang tiada agama!”, tetapi ucapan ini perlukan penjelasan. Jika ia iktikadkan ucapannya itu dengan maksud si fulan itu bukan beragama Islam, maka kufur. Jika dimaksudkan dengan ucapan itu ‘tidak ada agama ketika berurusan dengan orang’ (atau kurang akhlaknya ketika berurusan dengan orang lain), tidak kufur, cuma dihukum secara takzir. Jika ia iktikadkan halalnya ucapan itu, kufur ia. Jika ia iktikadkan haramnya ucapan itu, tidak kufur.

4. Mempermainkan satu nama Allah, atau janji Allah memberi pahala, syurga, neraka sambil meringankannya.

5. Menyebut: “Kalau Allah menyuruh melakukan sekian sekian, saya tidak akan melakukannya” sambil meringankan suruhan Allah tersebut, atau secara degil engkar.

6. Menyebut: “Kalau Allah beri syurga, aku takkan masuk ke dalamnya” sambil meringankannya atau mengengkarinya.

7. Menyebut: “Aku tidak akan melakukan perbuatan tersebut walaupun sunat”. Contohnya seseorang menyuruhnya mengerat kukunya. Ia berkata: “Aku takkan kerat kuku jika sunat sekalipun.” sambil mempersenda dan menghina perbuatan tersebut

8. Menyebut: “Jika si anu itu Nabi, aku tidak percaya” kerana ucapan ini mengurangkan martabat kenabian kerana ia hendak mendustakannya sekiranya seseorang itu benar Nabi. Jika ia menyebut: “Jika si anu itu Nabi, aku percayakannya.”, ucapan ini tidak menjadikannya kufur.

9. Menyebut: “Hukum apa ini!” “Syariat / agama apa ini!” apabila diberi fatwa oleh alim ulama, sambil meringan-ringankannya.

10. Menyebut: “Aku berlepas diri dari Allah, atau Nabi, atau Islam”

11. Membacakan ayat-ayat Quran secara menyindir atau mempersendakannya.

12. Memaki Nabi, Malaikat

13. Menyebut: “Berapa kali dah aku sembahyang tapi tak pernah bernasib baik” “Solat apa ini!” sambil mempersendakannya.

Kesemua ucapan di atas atau  bentuk perkataan lain yang mempersoalkan sesuatu dalam Islam ini membawa kepada kufur dan murtad dengan syarat mempersenda, menghina dan melekehkannya dan disertai dengan iktikad dan kepercayaannya terhadap ucapan tersebut.

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan

Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,”Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”


” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. LantaranAllah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begituhalnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut,” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Seungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,”balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golonganmanusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

“Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda,mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,”jawab ahli ibadah tadi. “

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?”tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah,sesungguhn ya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabk an atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

*Sumber dari losong.com

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri watak mini (patung kecil) yang berkaitan dengan kisah mistik Masyarakat Scotland yakni kewujudan keranda bersaiz 10 sentimeter.

Keranda kecil tersebut ditemui dengan tidak sengaja tahun 1836 oleh lima kanak-kanak yang sedang memburu arnab di hutan Edinburgh. Konon, ada 17 keranda.

Sayangnya banyak yang dihancurkan oleh kanak-kanak tersebut hingga tersisa 8 buah setelah Ketua Sekolah dan dibantu organisasi arkeologi menyelamatkannya. Kini boleh dilihat di Muzium Nasional Scotland.

Menurut kajian di lokasi tapak, 17 keranda mini disusun tiga tingkat. Di peringkat 1 dan 2, masing-masing berbaris 8 keranda, sementara pada tingkat paling atas hanya ada 1 keranda.

Yang masih jadi misteri adalah, setiap watak di dalam keranda memakai pakaian yang dibuat manual (handmade) dari bahan kapas. Menurut pakar tekstil, kapas jenis ini baru muncul selepas tahun 1800-an. Sementara dari hasil penyelidikan lain, watak-watak di dalam keranda sudah ada sejak sekitar 1790, atau tahun sebelumnya

Misteri berikutnya, para penyelidik menduga pembuat keranda dan watak di dalamnya adalah orang yang berbeza. Nampaknya keranda kecil yang dibuat tidak bertujuan untuk watak mayat kecil di dalamnya. Pekara ini kelihatan seolah ada pemaksaan memasukkan watak ke dalam peti, yang kelihatan dari beberapa bahagian lengan yang patah.

Dan watak mini didandani sedemikian rupa, dengan kasut bot, model pakaian berbeza-beza. Mereka mungkin ada, atau dibuat untuk pekara lain. Sehingga sekarang belum terjawabnya asal-usul kerada dan watak kecil tersebut membuatkan banyak teori dan tanda tanya. Ada yang menyatakan itulah orang-orang yang jadi korban mantra tukang sihir. Ada juga yang mengaitkan dengan mitos dalam tradisi pengebumian Scotland kuno.

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Sumber : Diarishare

Unggun Api Gergasi Tanda Protes Di Ireland

Unggun Api Gergasi Tanda Protes Di Ireland

BELFAST, Ireland Utara - Berpuluh-puluh ribu pengikut mazhab Protestan dijangka berhimpun di sekeliling beberapa unggun api gergasi di sini pada tengah malam ini (waktu tempatan).

Unggun api tersebut yang dibina daripada kayu dan tayar memiliki ketinggian melebihi 30 meter.
Mereka akan membakar lambang Ireland sambil menyanyikan lagu anti-Katholik dalam perayaan tersebut yang disambut pada setiap tahun.

Satu perarakan besar-besaran juga akan diadakan di sini hari ini yang dilihat bakal menguji kekukuhan proses damai di Ireland Utara.

Perarakan tersebut sebelum ini dibantah oleh pengikut mazhab Kristian Roman Katholik.

Penyokong setia Protestan meraikan 12 Julai sebagai hari pemimpin Protestan, William III of Orange mengalahkan pemerintah Katholik, Raja James pada 1690. - Agensi

http://www.kosmo.com.my

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sebuah penemuan di kompleks perkuburan kuno di China mengejutkan para saintis. Kerana, sebuah mumia berusia ratusan tahun yang dijumpai di sana tiba-tiba membusuk dalam hitungan jam.

Jasad mumia tersebut ditemui di bandar Xiancheng, Provinsi Henan, 10 Oktober lalu. Ketika diangkat keluar makam, jasad yang pada mulanya keadaan sempurna mulai berubah hitam dan mengeluarkan bau busuk hanya dalam masa beberapa jam. Saintis hanya membuat spekulasi kerana masih belum dapat mengungkap kaedah pengawetan yang digunakan.

"Orang Cina tidak mengikuti teknik pengawetan jasad tertentu seperti orang Mesir," ungkap Dr Lukas Nickel, seorang ahli arkeologi dan ahli kesenian China asal University of London. "Tapi peti keranda yang kuat dan stabil boleh juga disebut sebagai teknik pengawetan."

Dilihat dari keadaan mumia, sejarahwan Dong Hsiung mengungkap asal jasad ini. Ia yakin mumia ini berasal dari Dinasti Qing melihat dari baju yang dikenakan. "Yang luar biasa adalah masa seakan terperangkap dalam peti," katanya.

"Kadang masyarakat Dinasti Qing menggunakan peti keranda yang telah dilicinkan untuk mengebumikan jasad," tambah Lukas. "Mereka juga meletakkan arang di sekitar peti keranda. Mungkin pekara itulah yang menahan bakteria pengurai tidak masuk ke dalam peti."

"Mungkin keluarga si mati menggunakan teknik pengawetan tertentu," tambah Dong Hsiung. "Jadi apabila peti dibuka proses pereputan semula jadi baru akan terjadi."

Dinasti Qing adalah sebuah Dinasti yang berkuasa antara tahun 1644-1912. Sementara itu, dua Dinasti China yang terkenal dengan teknik pengawetan mayatnya adalah Dinasti Qing dan Dinasti Ming.

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sumber : Diarishare




Barcelona mara ke suku akhir

Barcelona mara ke suku akhir

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

Kemenangan semalam membo­l­ehkan Barca layak dengan agregat 4-1.

City yang berhasrat untuk menjadi pasukan pertama bangkit daripada ketinggalan 0-2 daripada perlawanan pertama di laman sendiri dalam era Liga Juara-juara, menyaksikan peluang mereka untuk merapatkan jurang defisit melalui Samir Nasri dan Edin Dzeko dinafikan oleh Victor Valdes dalam ke­dua-dua babak permainan.

Messi memusnahkan terus harapan pasukan pelawat ketika permainan berbaki 23 minit apabila dia merembat bola dalam kawasan petak penalti untuk gol kelapannya dalam kempen Liga Juara-juara musim ni.

Pasukan pelawat kemudian terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila Pablo Zabaleta dila­yangkan kad kuning kedua kerana mempertikaikan keputusan pengadil Stephane Lannoy dari Perancis yang tidak memberikan sepakan penalti yang sewajarnya diperoleh Dzeko.

Kapten City, Vincent Kompany berusaha menyelamatkan maruah pasukan dengan sekurang-kurangnya melakar keputusan seri dalam perlawanan semalam apabila meledakkan gol seminit sebelum permainan tamat, tetapi Alves kembali meletakkan Barca di depan pada minit ke-90.

Pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas berkata, keputusan tersebut sekurang-kurangnya meredakan tekanan yang dirasai pasukannya sejak beberapa minggu lalu ekoran prestasi hambar dalam aksi La Liga.

“Perlawanan ini amat sengit, kami bermain menentang pasukan yang berkelas dunia. Kami sedar perlawanan ini akan jadi sangat mencabar. Sebelum ini, kami berjaya mencatat keputusan baik, menang 2-0 di padang lawan. Bukan mudah untuk beraksi di Manchester dan melakar kemenangan.

“Kami berjaya mencipta banyak peluang, malah sepatutnya kami diberi sepakan penalti dan gol yang dijaringkan Neymar tidak ofsaid.

“Kami cuba bersikap positif dan bermain lebih baik berbanding dalam beberapa perlawanan sebelum ini, tetapi kemenangan ini benar-benar membantu meredakan tekanan yang dirasai," katanya.

Sementara itu, Kompany melahirkan rasa kesalnya dan berpendapat keputusan Zabaleta dibuang padang adalah tidak adil dan merugikan City.

“Tiada apa yang tinggal, kami telah memberikan segala-galanya.

“Terdapat beberapa peluang untuk kami menjaringkan gol dan sudah tentu itu mampu mengubah permainan ini. Ini kali kedua kami terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain pada ketika kami berhak mendapatkan sepakan penalti, bukan mudah untuk berdepan dengan situasi sebegini menentang pasukan yang bagus," katanya.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hoki Piala Sultan Azlah Shah: Australia belasah China 7-0

Hoki Piala Sultan Azlah Shah: Australia belasah China 7-0

Australia membuka tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah dengan berpesta gol apabila membelasah China 7-0 pada perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini hari ini.

Juara bertahan itu mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nicholas Budgeon (minit ke-3), Trent Mitton (m-20) dan Jamie Dwyer (m-33).

Australia menambah empat lagi gol pada babak kedua hasil jaringan Jacob Whetton (m-37), Russell Ford (m-47) dan sekali lagi masing-masing menerusi Budgeon (m-56) dan Dwyer (m-64).



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hajat Selangor terencat di Maldives

Hajat Selangor terencat di Maldives

Impian Selangor untuk meraih tiga mata penuh pertama dalam persaingan Piala AFC masih tidak kesampaian apabila diikat oleh kelab Maldives, Maziya S&RC dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Kebangsaan Male semalam selepas penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad menerima kad merah.

Memulakan permainan dengan begitu cemerlang, Selangor mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan pemain dari Australia, Steve Pantelidis pada minit ke-42 yang menyambar bola sepakan sudut oleh rakannya dari Brazil, Junior Aperecido namun rupanya nasib Red Giants tidak begitu baik.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Selangor terpaksa meratapi kehilangan penjaga gol veteran, Mohd. Hamsani yang menerima kad merah dengan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti.

Ahmed Mohamed mudah menyempurnakan sepakan yang diberikan untuk mengikat kedudukan tetapi Selangor yang beraksi dengan 10 pemain selepas itu masih mampu memberi ancaman kepada kubu Maziya.

Walaupun begitu, kesilapan yang dilakukan oleh Mohd. Farizal Marlias yang masuk selaku penjaga gol gantian gagal diambil kesempatan oleh tuan rumah apabila tandukan Ahmad Rasheed sedikit tersasar.

Selangor kembali menguasai permainan dengan sepakan bebas yang diambil oleh K. Gurusamy hampir menemui sasaran pada minit ke-61 namun bola tepat ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Mohamed Nishah.

Gerakan pemain dari Indonesia, Andik Vermansah dan Paulo Rangel 14 minit kemudian berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Maziya sebelum peluang keemasan yang diperolehi pada penghujung permainan oleh S. Kunanlan disia-siakan oleh pemain sayap kiri skuad kebangsaan itu yang gagal merembat tepat ke arah pintu gol.

Keputusan seri itu bagaimanapun dilihat masih sesuatu yang positif buat Red Giants kerana kini berada di tangga kedua Kumpulan F apabila pendahulu, Hanoi T&T dari Vietnam mencatatkan kemenangan ke atas Arema Indonesia dengan keputusan 3-1.

Hanoi T&T berada di tangga teratas dengan memungut enam mata penuh diikuti Selangor, 2 mata sementara Arema dan Maziya berkongsi satu mata.





Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Restin Online Game : Pirateers

Pirateers
Pirateers

Restin Online Game : Hands of War Tower Defense

Hands of War Tower Defense
Hands of War Tower Defense

Restin Online Game : Multiplayer 8-Ball Pool

Multiplayer 8-Ball Pool

Multiplayer 8-Ball Pool


Cara download Video dari Facebook

Anda berminat untuk download dan menyimpan sesuatu vedio dalam facebook yang tiada link ke youtube bagaimana caranya. Mudah sangat

Klik dan masuk pada Vedio kegemaran anda dalam facebook kemudian copy adrees yang terdapat di ruangan adress di bahagian atas facebook anda dan paste kan adres tu ke ruangan dowload adress di  Facebookdowload  

Cara download Video dari Facebook

Sumber : Komputerdananda

Cara cari bahan di Google dengan lebih mudah dan khusus

Masalah pencarian di Google search injin adalah ianya hanya di buat secara rawak mengikut terma keyword yang anda taipkan di ruangan search .Dengan berbilion bahan di internet kemungkinan ada persammaan dalam keyword yang anda taip dengan lain lain bahan menjadikan terlalu banyak bahan yang di pamerkan di screen komputer anda bercampur baur dengan bahan lain yang mempunyai katakunci yang hampir sama. tentu ini akan menyukarkan anda membuat carian secara khusus bukan.  Tapi tahukan anda bahawa ada satu cara pencarian yang memudahkan anda memberi arahan lebih specifik kepada injin google anda dengan meletakkan tanda (" " ) di setiap awal dan akhiran  kata kunci yang anda akan cari nanti.

Sebagai contoh saya cuba mencari apa apa bahan berkaitan diri saya dalan google saya hanya menaip "Hashim Derashid" dan teryata google akan hanya mepamerkan apa apa bahan yang berkaitan dengan nama saya sahaja tanpa mercapur aduk bahan lain yang mungkin ada sedikit persamaan (lihat gambar)

Cara cari bahan di Google dengan lebih mudah dan khusus
Cubalah...ianya lebih mudahkan dan lebih specifik dengan kehendak carian anda

Sumber : Komputerdananda

Cara tutup komputer apabila komputer atau laptop anda tiba tiba jem, sangkut (hang)

Kesalahan atau kekerapan menutup komputer anda tanpa mengikut peraturan akan mengakibatkan Hard Disk anda Crash atau tercalar . Kesalahan menutup komputer tanpa peraturan ini secara berterusan  akan mengakibatkan terjadinya Bad Sector pada Hard Disk anda dan akhir sekali Hard Disk anda mengalami kegagalan secara total. atau orang pangil HD "Kong"

Selalunya anda tidak menghadapi masalah untuk menutup komputer mengikut apa yang di syorkan iaitu hanya menekan pada butang taskbar Shut down dan komputer anda akan tutup sendiri selepas beberapa saat. Tapi yang menjadi masalah besar ialah apabila komputer anda jem atau "Hang" tentu sahaja anda tak boleh menutupnya secara biasa lalu anda mengambil keputusan memutuskan power terus pada suis plug atau mencabut baterinya laptop anda  kan. Inilah puncanya Hard Disk komputer anda mudah "Kong" atau rosak.

Sebenarnya ada satu cara lagi untuk anda menutup komputer anda secara biasa apabila komputer anda jem iaitu dengan cara menekan pada butang power atau ON/OF komputer anda tanpa lepas selama 10 saat atau sehingga komputer anda OF sendiri. Cara menutup begini akan menyelamatkan Hard Disk anda dari acaman tercalar atau crash. Bagi desktop yang mempunyai butang reset anda di galakan menekan butang reset sahaja bila komputer anda jem. Jika dia masih berdegil juga barulah anda mengunakan kaedah menekan butang power selama 10 saat tadi.... Cubalah


Cara tutup komputer apabila komputer atau laptop anda tiba tiba jem, sangkut (hang)
Lihat gambar butang ON/OF atau power yang perlu anda tekan apabila komputer anda jem

Sumber : Komputerdananda

Resepi Bun Coklat/Choco dan Butter


Resepi Bun Coklat/Choco dan Butter

Bahan-bahan

200g tepung roti
50g tepung gandum
½  sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
¾  biji telur
1 sudu besar marjerin
140ml susu suam (susu tepung)+pewarna pink
1 ½  sudu kecil yis
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar water roux
Filling (butter)
40 g butter
40g gula aising
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit susu cair
1 sudu besar susu tepung


Cara-cara
1) Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 15 minit)  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
3) Bahagi  doh pada bebola kecil ,bentukkan doh dah leperkan memanjang untuk membuat bentuk bujur, separuh doh isikan dengan filling coklat dan separuh lagi dengan filling butter. 
4) Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 15 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang.
5) Angkat dan sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas bertutup.
*Lebih kurang 5 minit sebelum dibakar,glisskan permukaan bun dengan campuran telur+susu dan toppingkan dengan butter dan gula (untuk bun butter filling). Bagi bun dengan filling coklat toppingkan dengan chocolate rice.

Sumber : Rotikarya

Resepi Bun Manis Bergula

Resepi Bun Manis Bergula

Bahan-bahan

150 g tepung roti
25g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil flavour (apape flovour pn boleh.aku guna vanilla)
3/4 biji telur (kacau sedikit)-simpan lebihannya untuk gliss
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis (ambik yang kering je,tak payah campur dengan air)
120 ml air suam (doh yang ni lembik so seeloknya guna 80 ml shj)
satu 1/2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula

~gliss- telur yang lebih tadi dicampur dengan sedikir susu+air
~topping- sedikit gula pasir

Cara buat doh:


  1. Disebabkan aku takde breadmaker, aku uli guna tangan je...pastikan tangan dah dicuci sebersih-bersihnya.kang nanti xpasal-pasal keracunan makanan pulak.erk.mula-mula aku masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali garam.garam masukkan lambat sedikit sebab ade aku baca garam tak boleh bercampur direct dengan yis nanti yis terbantut.uli doh sehingga doh tidak melekat ditangan.aku uli kira-kira 40 minit sebab doh aku lembik,aku ingtkan makin lama makin mengeras upenya tak.so korg bole la uli min kira-kira 15 minit je.
  2. Setelah menjadi doh, ambik plastik bersih ( aku guna plastik biase yang guna kt kantin sekolah bungkus makanan tu) dan masukkan doh dalam plastik.disebabkan plastik kecik,aku divide dua la doh tu.Ramas beberapa minit lebih kurang 5 minit dan keluarkan dari plastik then uli semula sekejap je dalam 2 minit.doh akan jadi lebih lembut.
  3. Selepas itu buat doh jadi bentuk bulat besar, perap doh selama lebih kurang 40 minit atau satu jam.sampai doh naik.jangan lupa tutup bekas adunan dengan plastic wrap.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin, uli sebentar selama 5 minit. Selepas itu  bahagi doh pada beberapa bebola kecil ( aku dapat 6 ), sapu marjerin pada loyang,susun dalam loyang, biarkan naik dua kali ganda (lebih kurang 30 minit)
  5. Gliss permukaan bun dengan campuran telur dan susu tadi dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 160 darjah selama 10 minit atau sehingga permukaan bun perang.Jangan lupa panaskan oven dulu selama 10 minit pada suhu yang sama.
  6. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.Paling sedap dimakan bersama air milo panas.~o)
Sumber : Rotikarya


Resepi Kek : Kek Gulung

Resepi Kek : Kek Gulung

KEK GULUNG POLKA DOT
Bahan-bahan

Bahan A
6 biji putih telur
4 sudu kecil gula halus
Bahan B
6 biji kuning telur
150g gula halus (gula pasir dikisar)
100g air
100g minyak masak
160g tepung gandum – ayak
2 sudu kecil esen vanila
Bahan C
Chocolate spread
Pewarna pink
 

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan bahan A.
2.  Untuk bahan B, pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air, minyak, esen  vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan A hingga bergaul rata.
3.  Ketepikan 4 sudu besar adunan (tambah pewarna pink).Masukkan  adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipekn ke atas loyang bentuk polka dot besar
4.  Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5. Tuang baki adunan ke atas motif polka dot, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.Pastikan kertas minyak itu telah disapu marjerin/butter.Keluarkan kertas alas bawahnya.Terbalikkan semula dia atas kertas minyak lain (sudah disapu marjerin) supaya bahagian polka dot berada di bawah.
7.  Kemudian terus gulungkan sekali dengan kertas minyak.Biarkan sekejap dalam 1 minit dan buka balik gulungan. Sapu rata chocolate spread, kemudian gulung semula dengan perlahan-lahan.Pastikan gulungan padat untuk dapatkan gulungan yang cantik.Selamat mencuba!!:)


Sumber : rotikarya

Syeikh Ali al-Shobuni: Syiah bunuh kanak-kanak, wanita, dan robohkan masjid

Syeikh Ali al-Shobuni: Syiah bunuh kanak-kanak, wanita, dan robohkan masjid

Di antara ciri khas akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah mentauhidkan Allah Subhanahu wa ta'ala, mencintai Rasulullah dan mencintai para sahabat Rasul shalallahu alaihi wa sallam. Sedangkan orang yang melaknat para Sahabat, melaknat Abu Bakar, Umar dan Aisyah Radhiallahu anhum bukanlah termasuk Muslim.

Demikian dikatakan oleh ulama kontomporer, Syeikh Muhammad Ali al-Shobuni dalam dialog bertema "Memahami Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah" selepas solat Jumaat di Masjid al-Akbar Surabaya pada Jumaat (28/12/2012) kelmarin seperti dilaporkan dari hidayatullah . com.

Dalam dialog yang dipandu oleh KH. Abdurrahman Navis, Lc, anggota MUI Jawa Timur, Syeikh al-Shobuni mengecam keras kelompok Rafidhah. Menurut ulama kelahiran Syria itu, Rafidhah itu penentang Allah, kafir dan terlaknat.

Dalam kesempatan itu, Syeikh al-Shobuni juga menceritakan sedikit tentang keadaan Muslim Sunni di Syria, di mana menurutnya, kaum Muslim di Syria sedang menghadapi cubaan dan penderitaan.

Dia mengaku telah dihalang masuk ke Syria selama lima tahun oleh kerajaan Bashar Assad yang berfahaman Syiah.

Diceritakan, mereka golongan Rafidhah berlaku kejam dan melakukan tindakan keji. Membunuh anak-anak, wanita dan merobohkan masjid-masjid.

"Adakah ini yang disebut Muslim. Mereka kaum terlaknat, dan thoghut," ujar penulis kitab Tafsir Ayatil Ahkam dan Shofwatu Tafasir ini.

Ia menerangkan, kebiasaan buruk tersebut bukanlah ciri Muslim.

"Akidah Ahlus Sunnah tidak mengajarkan membunuh anak-anak, wanita dan mengutuk para sahabat," tegasnya.

Di hadapan para jemaah solat Jumaat Syeikh yang disebut-sebut mufassir abad ke-21 ini berpesan bahawa perbezaan di antara ulama 'Ahlus Sunnah adalah perbezaan pada soal ijtihad.

"Perbezaan di kalangan Asy'ari, Maturidi dan lain termasuk perbezaan di antara fuqaha seperti membaca bismillah pada fatihah Solat itu bukan perbezaan prinsip", tegas ulama yang pernah mengajar di Ribath Sayyid Muhammad al-Maliki Mekah.

Di antara mereka, tidak ada yang mengutuk para sahabat. "Mencela sahabat dan mengubah-ubah Al-Quran itu bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah".

Mengutuk sahabat seperti golongan Rafidhah bukan akhlak Ahlus Sunnah. "Bagaimana mungkin seorang Muslim yang baik melaknat sahabat. Padahal para sahabat diredhai oleh Allah swt, dan Islam tersebar hingga saat ini berkat jasa sahabat. Justeru merekalah (Rafidhah) yang terlaknat", jelasnya.

Syeikh Ali al-Shobuni, adalah mufassir kenamaan yang hidup di abad ke-21. Karyanya Tafsir Ayatil Ahkam dipelajari oleh pelajar di seluruh dunia.

Syeikh al-Shobuni menyelesaikan program masternya di universiti Al-Azhar dengan mengambil tesis tentang undang-undang dalam Islam pada tahun 1954 M. Kini, dia bermukim di Mekah dan tercatat sebagai salah seorang kakitangan pengajar tafsir dan ulumul Qur'an di fakulti Syariah dan Dirosat Islamiyah Universiti Malik Abdul Aziz. Selain dikenali sebagai pakar ilmu al-Quran, Bahasa Arab, Fekah, dan Sastera Arab, Syeikh Ali al-Shobuni pernah dianugerahkan sebagai tokoh Muslim Dunia 2007 oleh DIQA.
Diterjemahkan dari sumber arrahmah

Subhaanallah, tulang ekor bukti kebesaran Allah

Subhaanallah, tulang ekor bukti kebesaran Allah

Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat, "(HR. Al Bukhari, Nombor: 4935).

Berabad lamanya, hadith tersebut menjadi hal yang ghaib yang tidak mungkin dapat dijelaskan dengan logik. Seiring berjalannya masa beberapa kajian ilmiah mampu menjelaskan kebenaran hadis tersebut dikemudian hari.

"Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:" Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? "Katakanlah:" Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk, "(QS. Yasin: 78-79).

Han Spemann saintis Jerman yang berjaya mendapat hadiah nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1935. Dalam kajiannya dia telah membuktikan bahawa asal usul kehidupan adalah tulang ekor. Darinyalah makhluk hidup bermula. Dalam kajiannya dia memotong tulang ekor dari sejumlah haiwan, lalu mengimplantasikan ke dalam embrio.

Pada ketika sperma memasuki ovum (sel telur), maka pembentukan janin bermula. Ketika ovum telah membentuk (zigot) terbelah menjadi dua sel dan terus berkembang. Sehingga terbentuklah embryonic cakera (lempengan embrio) yang mempunyai dua lapisan.

Pertama, External Epiblast yang terdiri dari cytotrophoblasts, berfungsi membekalkan makanan embrio pada dinding uterus, dan menyalurkan nutrisi dari darah dan cecair kelenjar pada dinding uterus.

Sedangkan lapisan kedua, Internal Hypoblast yang telah ada sejak pembentukan janin pertama kalinya. Pada hari ke-15, lapisan sederhana muncul pada bahagian belakang embrio dengan bahagian belakang yang disebut primitive node (gumpalan sederhana).

Dari sinilah beberapa unsure dan rangkaian, seperti ectoderm, mesoderm, dan endoderm terbentuk.

- Ectoderm, membentuk kulit dan sistem saraf pusat.

- Mesoderm, membentuk otot halus sistem digestive (pencernaan), otot skeletal (kerangka), sistem peredaran, jantung, tulang pada bahagian kelamin, dan sistem urine (selain kandung kemih), rangkaian subcutaneous, sistem limpa, limpa dan kulit luar.

- Sedangkan, endoderm, membentuk lapisan pada sistem digestive, sistem pernafasan, organ-orang yang berkaitan dengan sistem digestive (seperti hati dan pancreas), kandung kemih, kelenjar thyroid (gondok), dan saluran pendengaran. Gumpalan sederhana inilah yang mereka sebut sebagai tulang ekor.

Pada kajian lain, Han cuba menghancurkan tulang ekor tersebut. Dia menumbuk dan merebusnya dengan suhu yang tinggi dan dalam masa yang sangat lama. Setelah menjadi serpihan halus, dia cuba mengimplantasikan tulang itu pada janin lain yang masih dalam tahap permulaan embrio. Hasilnya, tulang ekor itu tetap tumbuh dan membentuk janin sekunder pada guest body (organ tetamu). Meskipun telah ditumbuk dan dibakar sedemikian rupa, tulang itu tidak 'hancur'.

Dr. Othman al Djilani dan Syaikh Abdul Majid juga melakukan kajian serupa. Pada bulan Ramadhan 1423 H, mereka berdua memanggang tulang ekor dengan suhu tinggi selama 10 minit. Tulang pun berubah menjadi hitam pekat. Kemudian, kedua-duanya membawa tulang itu ke al Olaki Laboratory, Sana'a, Yaman, untuk dianalisis. Setelah diteliti oleh Dr. al Olaki iaitu pfofesor dalam bidang histology dan pathologi di Sana'a University, beliau telah menemui bahawa sel-sel pada rangkaian tulang ekor tidak terjejas. Bahkan sel-sel itu dapat bertahan walau dilakukan pembakaran lebih lama.

Lebih dari itu berdasarkan kajian mutakhir, sebagaimana yang disampaikan oleh Jamil Zaini, Trainer Asia Tenggara Kubik Jakarta ketika dalam majlis berbuka puasa bersama di al Azhar-Solo Baru dengan tajuk, "Inspiring Day; Inspiring The Spirit of Life", tulang ekor ini merakam semua perbuatan anak Adam dari sejak lahir hingga meninggal dunia. Tulang ini merakam semua perbuatan baik-buruk mereka. Dan perbuatan mereka ini akan mempengaruhi pada keadaan tulang ekornya. Putih bersih atau hitam kotor. Semakin banyak tenaga positif atau kebaikan seseorang maka semakin bersih tulang ekornya, dan semakin banyak tenaga negative atau keburukan seseorang maka semakin hitamlah tulang ekornya.

Dari sinilah balasan pada hari kiamat kelak tidak akan pernah berubah. Dari tulang ekor inilah, manusia akan kembali dan mereka akan diberi balasan setimpal dengan kadar amalan mereka. Ini semua sudah disabdakan oleh Nabi berpuluh abad yang lalu.

"Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat," (HR. al Bukhari, nombor 4935).

Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Muslim (nombor 2955): Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Seluruh bahagian tubuh anak Adam akan (hancur) dimakan tanah kecuali tulang ekor, darinya tubuh diciptakan dan dengannya dipasang kembali."

Dari hadis di atas, Ilmuwan Islam pada pertengahan abad ke-20 telah mendasarkan pemahaman mereka mengenai mukjizat hadis tentang tulang ekor ini pada kaedah pengetahuan yang paling asas, iaitu "Tulang ekor merupakan bahagian pertama yang tumbuh dari janin, biasa disebut dengan primitive streak , iaitu bahagian utama yang terbentuk pada minggu ketiga ".

Akan Kami tunjukkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami pada alam dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?

Sumber : Detikislam

Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.sumber