SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Memaparkan catatan dengan label Resepi Masakan Melayu. Papar semua catatan

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Sumber : Aisyahzahari

Resepi Masakan Melayu : Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma

Resipi Ayam Masak Kurma, hidangan yang tak asing lagi setiap di kenduri kendara. Hindangan mudah dan sedap, pastikan anda menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendapatkan rasa yang terbaik

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan


Bahan-Bahan:
  1. 1 kg ayam
  2. 4 sudu besar rempah kurma ayam
  3. 5 ulas bawang putih*
  4. 5 ulas bawan merah*
  5. 2 cm halia*
  6. rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  7. 2 cawan santan pekat
  8. 2 biji tomato (dipotong 4)
  9. 2 biji kentang
  10. 1 biji lobak merah (didadu besar)
  11. sedikir air asam jawa


Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa


Sumber : iresepi

Resepi Kek : Kek Cheese (Kek Keju Meleleh)



Resepi Kek : Kek Cheese (Kek Keju)

BAHAN2 UNTUK KEK


  1.  **100 gram tepung hong kong
  2. (boleh guna tepung gandum)
  3. **60 gram tepung jagung
  4. 100 gram gula halus
  5. 2 sudu makan ovelet
  6. 4 biji telur ayam
  7. 2 biji telur kuning
  8. 50 gram air sejuk (dari peti ais)
  9. 1 sudu teh baking powder
  10. 75 gram mentega (dicairkan)
  11. 1 sudu teh esen vanilla


Cara:


  1. Bahan yang bertanda* di ayak dulu…
  2. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
  3. boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan…. strawberry ataupun coklat
  4. Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit.
  5. Peta Lokasi Rumah Besar Lisa Surihani.Memang awesome!!
  6. Untuk Cream:
  7. 250g cream cheese
  8. 120g susu pekat manis
  9. 50ml UHT Whipping cream
  10. Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
  11.  adunan ini memang cair


Untuk hiasan:

cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan:

Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek..
Dah buat?Jom kongsi apa rasa..hehehhe..Macam mudah je,macam senang je,macam boleh buat je :)


Read more : TapakKaki

Resepi Kek : Kek Coklat Moist

Meh tgk apa bahan2nya :

Telor 4 biji

Telor 4 Biji


1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh coklat emulco 
1 sudu teh esen vanilla..
1 sudu teh esen vanilla..
1 tin susu cair ideal..
1 tin susu cair ideal..
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung gandum

2 cawan gula kastor.
2 cawan gula kastor.

1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya :

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..


Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..


Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..


Masukkan esen vanilla..


Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


Aku pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit.. ekekke...


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..


Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..


Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..

Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..

Haaa.. dah sebati punnn..


Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..

Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..


Kukus kek sampai masak..

Smlm aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..


Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu.. ekekkeke..

Aku tak byk lg acuan kek bernombor ni.. baru ada nombor 1.. mahal jugak acuan ni.. aku beli kat kedai bakery.. rege rm39 sebekas.. huhuhu.. Hias la kek tu suka hati korang.. aku hias dgn coklat ganache..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..


Pastu baru tuang whipping cream..


siapppp.. dah boleh tuang atas kek..


Aku letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..


Tadaaaa.. siap dah hiasan kek aku.. yg putih2 tu whipping krim.. belen krim aku buat pavlova tu hari.. ekekke..

Sumber : mylovelyfamily

Resepi Masakan : Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu



* *NASI** ( resepi asal dari Kak Minami133 Myresipi) terima kasih byk2, halal resepi nye ya : )
* 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut ( ros guna 1 cawan beras pulut+3cwn beras jasmine)
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
* air

* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
* 6 keping asam keping
* garam dan secubit ajinomoto
* gula ( ros guna gula nisang)
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cm belacan

***ACAR**
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

2.Kuah
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Nasi Dagang Terengganu
Nasi Dagang Terengganu
Nasi Dagang Terengganu
Nasi Dagang Terengganu

Sumber : Jintanmanis

Resepi Kuih : Lepat Pisang Kukus

Lepat Pisang merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu.Dan kuih lepat pisang memang salah satu makanan kegemaran djdanchef. Makan pula masa lepat pisang tengah-tengah panas memang sedap tak terkatalah jawabnya.

Sekarang djdanchef akan kongsikan cara membuat lepat pisang yang djdanchef ambil dari video trymasak.my. Selaku portal resepi kegemaran djdanchef.

Cara buat lepat pisang ini tidaklah susah, agak senang dan mudah.

Resepi Lepat Pisang Kukus
(trymasak.my)

Bahan-bahan

1 Sikat Pisang
Daun Pisang Yang Secukupnya Untuk Membungkus
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1/4 Tepung Beras
1/2 Cawan Santan
2 Sudu Besar Gula
Sedikit Garam

Cara Buat Lepat Pisang Kukus:
1. Buang kulit pisang dan potong pisang kecil-kecil untuk memudahkan proses melenyekkan pisang selepas ini nanti. Letakkan pisang tersebut dalam suatu bekas dan lenyekkannya sampai lumat.

2. Lepas pisang sudah lumat. Masukkan santan dan kacau sampai sebati.

3. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sikit lagi.

4. Bahan akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sehingga sebati.

resepi+lepat+pisang+6

5. Setelah adunan sebati. Sudukan atau sedukkan adunan tersebut terus letakkan di atas daun pisang dan bungkuskan dengan kemas. Ulangi kaedah ini sampai habis adunan dalam bekas tadi di bungkus.

resepi+lepat+pisang+kukus



6. Setelah semua lepat pisang dibungkus. Letak dan aturkan lepat pisang ke dalam periuk kukus / periuk stim.

7. Biarkan di kukus dalam 20-40 minit atau sehingga masak.

lepat+pisang+3

Selamat mencuba resepi lepat pisang kukus dan simple. Kalau rajin boleh pula melihat resepi lempeng pisang yang sedap.

Sumber : DJdanChef

Cara masak nasi lemak

Cara masak nasi lemak


Bahan-bahannya

  1. segenggam Ikan bilis goreng
  2. 20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
  3. asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
  4. 7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering
  5. 1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
  6. Gula , garam dan secubit serbuk perasa


Cara menyediakannya 

  1.  Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
  2. Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
  3. Masukkan belacan-tumis lagi
  4. Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
  5. Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
  6. Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
  7. Sebelum angkat masukkan ikan bilis goreng

Ikan Merah Masak Kari Resepi Masakan Melayu

Ikan Merah Masak Kari Resepi Masakan Melayu


Bahan-bahan

  1. 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka 
  2. 2 biji bawang besar 
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1/2 inci halia 
  5. 3 biji cili merah (dikisar halus) 
  6. 3 camca besar rempah kari basah ikan

 Bahan-bahan Tumis :

  1. 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja) 
  2. 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus 
  3. 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi) 
  4. 2 tangkai daun kari 
  5. Bahan-bahan lain 
  6. 2 keping asam gelugor 
  7. 2 biji terung, dipotong dan goreng separuh masak 
  8. 3 biji tomato, dibelah dua 
  9. 1/2 cawan pati santan Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka) 
  10. 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 



Cara-cara Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan. Masukkan air dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan masukkan garam, gula sebagai bahan perasa.Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2. *Tips:Anda boleh mengubahsuai resepi ini mengikut citarasa anda dan kreativiti masing-masing..syur-sayuran lain juga bleh digunakan seperti ubi kentang(most popular and disukai ramai), kacang bendi, dan lain-lain..Selamat Mencuba....


Sumber : kamriah39