SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Memaparkan catatan dengan label Informasi terkini. Papar semua catatan

BMW Z4 EDISI NAGA

BMW Z4 EDISI NAGA

Di dalam siri Game of Thrones, Daenerys Stormborm memiliki 3 ekor naga yang boleh ditunggang. Malangnya kita hidup di dunia sebenar an naga tidak wujud. Tetapi jika akan mahu menjadi Danerys dan mahu "menunggang" seekor naga anda mungkin boleh membelinya di China. Sebuah BMW Z4 diubahsuai untuk kelihatan seperti seekor naga. Kulit naga kereta ini diperbuat dripada tulang Yak yang boleh ditemui di utara China. Mofikasi ini dihasilkan untuk sebuah expo perdagangan di Jepun. Kalau di Malaysia mungkin kena hasilkan BMW edisi Harimau.. diperbuat dari tulang orang hutan. Yeah right.

BMW Z4 EDISI NAGA
BMW Z4 EDISI NAGA

Sumber : Blogserius

KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG YANG LEBIH EPIK DARI DIMILIKI KAPTEN ZAHARIE

KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG

Antara perkara menarik yang kita belajar dari kehilangan MH370 ialah orang ramai tak menyedari bahawa memiliki simulator di rumah adalah normal dikalangan peminat flight sims. Kami ada a few friends yang membelanjakan ribuan ringgit membeli setup flight stick dan controller khas untuk bermain permainan simulasi kapal terbang kegemaran mereka. Kami dulu gila juga main IL 2Sturmovik dan membeli flight stick Hori. These days dah tua dan retired tak gila macam masa muda dan virgin.

Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. Kami berharap  John Davis tidak akan dituduh sebagai terorrist kerana minat beliau seperti bagaimana Kapten Zaharie sekarang. Semoga pesawat MH370 dijumpai segera.

KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG
KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG
KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG
KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG

sumber : BlogSerius

6 KEMALANGAN UDARA DI MANA KREW DIKATAKAN MENSABOTAJ PESAWAT

6 KEMALANGAN UDARA DI MANA KREW DIKATAKAN MENSABOTAJ PESAWAT

Apabila yang dipertanggung jawabkan adalah suspek utama!

KEMALANGAN UDARA
KEMALANGAN UDARA
KEMALANGAN UDARA
KEMALANGAN UDARA

Sumber : BlogSerius

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri watak mini (patung kecil) yang berkaitan dengan kisah mistik Masyarakat Scotland yakni kewujudan keranda bersaiz 10 sentimeter.

Keranda kecil tersebut ditemui dengan tidak sengaja tahun 1836 oleh lima kanak-kanak yang sedang memburu arnab di hutan Edinburgh. Konon, ada 17 keranda.

Sayangnya banyak yang dihancurkan oleh kanak-kanak tersebut hingga tersisa 8 buah setelah Ketua Sekolah dan dibantu organisasi arkeologi menyelamatkannya. Kini boleh dilihat di Muzium Nasional Scotland.

Menurut kajian di lokasi tapak, 17 keranda mini disusun tiga tingkat. Di peringkat 1 dan 2, masing-masing berbaris 8 keranda, sementara pada tingkat paling atas hanya ada 1 keranda.

Yang masih jadi misteri adalah, setiap watak di dalam keranda memakai pakaian yang dibuat manual (handmade) dari bahan kapas. Menurut pakar tekstil, kapas jenis ini baru muncul selepas tahun 1800-an. Sementara dari hasil penyelidikan lain, watak-watak di dalam keranda sudah ada sejak sekitar 1790, atau tahun sebelumnya

Misteri berikutnya, para penyelidik menduga pembuat keranda dan watak di dalamnya adalah orang yang berbeza. Nampaknya keranda kecil yang dibuat tidak bertujuan untuk watak mayat kecil di dalamnya. Pekara ini kelihatan seolah ada pemaksaan memasukkan watak ke dalam peti, yang kelihatan dari beberapa bahagian lengan yang patah.

Dan watak mini didandani sedemikian rupa, dengan kasut bot, model pakaian berbeza-beza. Mereka mungkin ada, atau dibuat untuk pekara lain. Sehingga sekarang belum terjawabnya asal-usul kerada dan watak kecil tersebut membuatkan banyak teori dan tanda tanya. Ada yang menyatakan itulah orang-orang yang jadi korban mantra tukang sihir. Ada juga yang mengaitkan dengan mitos dalam tradisi pengebumian Scotland kuno.

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Sumber : Diarishare

Unggun Api Gergasi Tanda Protes Di Ireland

Unggun Api Gergasi Tanda Protes Di Ireland

BELFAST, Ireland Utara - Berpuluh-puluh ribu pengikut mazhab Protestan dijangka berhimpun di sekeliling beberapa unggun api gergasi di sini pada tengah malam ini (waktu tempatan).

Unggun api tersebut yang dibina daripada kayu dan tayar memiliki ketinggian melebihi 30 meter.
Mereka akan membakar lambang Ireland sambil menyanyikan lagu anti-Katholik dalam perayaan tersebut yang disambut pada setiap tahun.

Satu perarakan besar-besaran juga akan diadakan di sini hari ini yang dilihat bakal menguji kekukuhan proses damai di Ireland Utara.

Perarakan tersebut sebelum ini dibantah oleh pengikut mazhab Kristian Roman Katholik.

Penyokong setia Protestan meraikan 12 Julai sebagai hari pemimpin Protestan, William III of Orange mengalahkan pemerintah Katholik, Raja James pada 1690. - Agensi

http://www.kosmo.com.my

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sebuah penemuan di kompleks perkuburan kuno di China mengejutkan para saintis. Kerana, sebuah mumia berusia ratusan tahun yang dijumpai di sana tiba-tiba membusuk dalam hitungan jam.

Jasad mumia tersebut ditemui di bandar Xiancheng, Provinsi Henan, 10 Oktober lalu. Ketika diangkat keluar makam, jasad yang pada mulanya keadaan sempurna mulai berubah hitam dan mengeluarkan bau busuk hanya dalam masa beberapa jam. Saintis hanya membuat spekulasi kerana masih belum dapat mengungkap kaedah pengawetan yang digunakan.

"Orang Cina tidak mengikuti teknik pengawetan jasad tertentu seperti orang Mesir," ungkap Dr Lukas Nickel, seorang ahli arkeologi dan ahli kesenian China asal University of London. "Tapi peti keranda yang kuat dan stabil boleh juga disebut sebagai teknik pengawetan."

Dilihat dari keadaan mumia, sejarahwan Dong Hsiung mengungkap asal jasad ini. Ia yakin mumia ini berasal dari Dinasti Qing melihat dari baju yang dikenakan. "Yang luar biasa adalah masa seakan terperangkap dalam peti," katanya.

"Kadang masyarakat Dinasti Qing menggunakan peti keranda yang telah dilicinkan untuk mengebumikan jasad," tambah Lukas. "Mereka juga meletakkan arang di sekitar peti keranda. Mungkin pekara itulah yang menahan bakteria pengurai tidak masuk ke dalam peti."

"Mungkin keluarga si mati menggunakan teknik pengawetan tertentu," tambah Dong Hsiung. "Jadi apabila peti dibuka proses pereputan semula jadi baru akan terjadi."

Dinasti Qing adalah sebuah Dinasti yang berkuasa antara tahun 1644-1912. Sementara itu, dua Dinasti China yang terkenal dengan teknik pengawetan mayatnya adalah Dinasti Qing dan Dinasti Ming.

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sumber : Diarishare




Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.sumber

Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

"Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan)," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.

"Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

Corriere Della Serra melaporkan bahawa ibu bapa Maraldi telah dihubungi oleh MAS tetapi mengatakan anak mereka tidak dalam pesawat yang hilang pada jam 1.30 pagi ini.

Ini diketahui ketika CNN melaporkan bahawa para pegawai Austria mengesahkan bahawa seorang warga Austria yang tersenarai sebagai penumpang, Christian Kozel, tidak menaiki pesawat MH370 dan pasportnya telah dicuri.

"Seorang warga Austria disenaraikan sebagai penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu tidak ada dalam pesawat itu, dan pasportnya telah dicuri dua tahun lalu, pegawai itu memberitahu CNN," demikian menurut ringkasan berita di lamanweb CNN.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, bagaimanapun, memberi amaran terhadap spekulasi yang berterusan.

"Bagi kami, ia hanya satu laporan.

"Kami sedang bekerjasama dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu...

"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi telah didapati tidak benar," katanya.

Ditanya jika ini boleh menunjukkan kemungkinan berlaku rampasan, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa " tidak menolak semua kemungkinan".

Pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan Boeing 777-200 di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam kira-kira 200 batu nautika di luar pantai Kota Baru ketika ia dalam perjalanan ke Beijing.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Pesawat itu yang dilaporkan hilang semasa terbang di atas Laut China Selatan juga merupakan penerbangan perkongsian kod dengan dengan China Southern Airline. - sumber

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong rahsia dadah Mexico tuan
Pada bulan Februari, akhirnya orang yang paling dikehendaki raja dadah Joaquin Mexico "Shorty" Guzman, lagenda neraka berjaya ditangkap, Pada tahun 2009 beliau yang tersenarai sebagai bilionair majalah di dunia "Forbes". Guzman memasuki senarai penjenayah paling dikehendaki Amerika Syarikat dan Mexico dan bertajuk "The Sinaloa kartel."

Askar Mexico menemui pintu rahsia masuk ke terowong dan keluar ke pembetung. Ia merupakan salah satu rumah-rumah Joaquin "Shorty" Guzman di Culiacan. Guzman adalah salah satu pengedar dadah yang paling kuat dalam sejarah. Sabtu lepas dia ditangkap selepas satu serbuan di sebuah resort pantai di Mazatlan, 200 kilometer tenggara Culiacan. Beberapa hari selepas Guzman berjaya melarikan diri dari tentera melalui terowong dan pembentung.

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico

Sumber : DiariShare

Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.

Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang  lapangan terbang Ibrahim Nasir  yang digunakan untuk menjadi tempat  pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

 Ngeri , tetapi pemandangan yang cantik! Siapa yang tidak tahu Maldives? Kepulauan Lautan Hindi terkenal dengan pulau-pulau yang kecil mempunyai pantai pasir putih, laut biru yang jelas , batu karang yang menawan. Lebih daripada itu , terdapat tempat menarik dari Ibrahim Nasir Airfield yang ada di atas pulau-pulau karang di sana.

 Disiarkan halaman Rasmi Male Airport Guide , Jumaat ( 24/01/2014 ) Airfield Ibrahim Nasir , yang berhampiran dengan lapangan terbang Male adalah pintu masuk ke pengembara untuk datang ke Maldives. Benar, lapangan terbang ini terletak di Pulau Hulhule . Nama ini berasal dari nama Ibrahim Nasir Presiden 2 Maldives. Ibrahim Nasir yang tunduk patuh sebagai presiden pada tahun 1968 dan 1978.

 Lapangan terbang ini pada asalnya dinamakan Airfield Male, tetapi berubah pada tahun 2011 supaya Airfield Ibrahim Nasir untuk memperingati presiden yang meninggal dunia pada tahun 2008. Tetapi , bukan nama jadi keunikan.

 Keunikan Ibrahim Nasir Airfield adalah di landasan . Dengan panjang 3,200 meter, lapangan terbang  Ibrahim Nasir ' s landasannya hanya mempunyai ketinggian 6 kaki atau 2 meter demi sahaja! Oleh itu, juruterbang pesawat itu mendarat di lapangan terbang keperluan mahir yang tinggi.

Salah sedikit ,  pesawat pasti menjunam ke dalam laut. Walau bagaimanapun , landasan adalah hanya dua meter atas laut nampaknya menawarkan panorama cantik.dan air laut yang biru sekitar landasan.

Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.
Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.
Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.
Lapangan Terbang di Maldives Hanya 2 Meter Dari Paras Laut.

Sumber : Zamrispoon

Foto Dari Angkasa Betapa Gelapnya Korea Utara Diwaktu Malam

Foto Dari Angkasa Betapa Gelapnya Korea Utara Diwaktu Malam

Petak luas kegelapan di tengah gambar di atas yang kelihatan seperti bintik air adalah Korea Selatan, diambil gambar dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada tarikh 30 Januari. Foto ini menunjukkan betapa gelapnya Korea Utara.

 Pyongyang, Ibu Kota Korea Utara, dengan penduduk 3,26 juta, nampak saiz dengan seperti Gunsan, Korea Selatan dengan penduduk 280.000.
 
Foto Dari Angkasa Betapa Gelapnya Korea Utara Diwaktu Malam

Sumber : zamrispoon

Dakwah Khalid bin Walid ra. di medan perang

Dakwah Khalid bin Walid ra. di medan perang

Menurut Al-Waqidi dan lainnya, mereka berkata: Satu peristiwa, pada pertempuran Yarmuk, keluarlah dari barisan musuh seorang panglima besar musyrik, lalu dia menyeru Khalid bin Al-Walid untuk keluar dari barisan kaum Muslimin. Khalid pun keluar dengan kuda tangkasnya, hingga hampir-hampir kedua kuda itu berlaga kerana ketangkasannya. Maka berkatalah panglima pasukan musyrik itu yang bernama Jarjah:


"Engkaukah yang dikenal Khalid, panglima pasukan ini?".
"Ya, aku Khalid pedang Allah!" jawab Khalid.
"Khalid, pedang Allah?" tanya Jarjah lagi.
"Ya", jawab Khalid. "Dan engkau siapa?"
"Aku Jarjah, panglima perang!"
"Apa maksudmu memanggil aku ke sini?" tanya Khalid.
"Hai Khalid! Bicaralah yang benar, dan jangan berdusta! Sebab orang yang merdeka itu tidak berdusta. Dan jangan pula engkau menipuku, kerana orang yang berkedudukan seperti engkau ini tidak akan menipu yang lain, apa lagi bila hal itu ada pertaliannya dengan Allah!" jarjah ingin menguji kejujuran Khalid.
"Baiklah", jawab Khalid. "Aku akan berkata benar dan menjawab sesuai dengan kehendakmu!"
"Engkau mengaku diri sebagai pedang Allah, bukan?" tanya Jarjah.
"Ya", jawab Khalid pendek
"Apakah Allah telah menurunkan pedang itu dari langit kepada Utusan kamu, lalu dia menyerahkan pedang itu kepadamu, dan engkau tidak akan menghunuskan kepada sesiapa pun, melainkan engkau akan mengalahkannya?" Jarjah meminta penerangan dari Khalid.
"Tidak!" jawab Khalid pendek lagi.
"Oh, tidak?!" Jarjah mengejek. "Jadi bagaimana engkau dipanggil sebagai pedang Allah? Bukankah itu ajaib sekali?!" Jarjah menambah lagi.
"Tidak ajaib, jika engkau mendengar cerita yang sebenarnya!" jawab Khalid.
"Kalau begitu ceritakanlah kepadaku!" pinta Jarjah.
"Sekarang dengarlah ceritanya: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada kita UtusanNya, lalu Beliau mengajak kami memeluk Islam, tetapi kami menjauhkan diri darinya, dan kami sekalian menyingkirkannya. Meskipun begitu ada juga setengah dari kami yang mempercayainya dan mengikutnya, manakala yang lain mendustakannya dan menentangnya, dan jika engkau ingin tahu aku adalah di antara orang-orang yang mendustakannya dan menentangnya", Khalid menceritakan dirinya dengan jujur.
"Sesudah itu?" tanya Jarjah yang mendengar dengan penuh minat.
"Kemudian Allah telah melembutkan hati kami, dan membukakan pemikiran kami, lalu kami diberiNya petunjuk untuk memeluk Islam, dan kami pun memberikan kesetiaan kami kepadanya", Khalid berdiam sebentar mengenang dirinya di masa lalu.
"Kemudian, apa yang berlaku?" tanya Jarjah lagl
'Kerana aku memeluk Islam itulah, maka beliau berkata kepadaku: Hai Khalid! Engkau ini adalah pedang dari pedang-pedang Allah, yang dihunuskan Allah ke atas kaum musyrik, dan beliau mendoakan bagiku dengan kemenangan!" jelas Khalid.
"Sebab itulah engkau dikenal dengan pedang Allah?!" tanya Jarjah.
"Ya, aku rasakan itu, dan aku orang yang paling keras di antara pasukan Islam ke atas kaum musyrik", 'jelas Khalid lagi.
"Baiklah", tanya Jarjah. "Engkau membawa pasukanmu ke sini itu, untuk apa?"
Aku datang ke sini untuk menyeru orang-orang seperti kamu kepada Islam, dan mempercayai Tuhan yang Satu!" jawab Khalid.
"Tuhan yang Satu?" tanya Jarjah.
"Ya, dengan menyaksikan bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahwasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah, serta meyakini bahwa apa yang dibawa Muhammad itu adalah dari Allah yang Maha Mulia", terang Khalid.
"Kalau kami tidak mahu menerimanya?"
"Bayar upeti, dan kami akan melindungi kamu!"
"Kalau kami tidak mahu membayar upeti itu?"
"Kami akan memerangi kamu habis-habisan!"
"Baiklah, apa kedudukan orang yang mengikut seruanmu itu, dan yang mendampingkan diri dalam apa yang engkau seru itu?"
'Kedudukannya dengan kami sama tentang apa yang difardhukan Allah ke atas kami sekalian, baik dia orang berpangkat atau orang yang rendah, yang pertama memeluk Islam dan yang kebelakangan! Yakni siapa yang mengikut Muhammad sekarang ini akan memperoleh pahala yang sama dengan siapa yang telah mengikutnya lama sebelum ini, iaitu balasannya dan kelebihannya?!"
"Bagaimana itu?" Jarjah meminta penjelasan.
"Ya", jawab Khalid, "bahkan boleh jadi lebih utama lagi".
"Bagaimana sampai begitu? Bagaimana agamamu menyamakan orang-orang ini dengan kamu, padahal kamu sudah mendahului mereka?" tanya Jarjah.
"Mudah saja!" jawab Khalid. "Kita orang-orang yang terdahulu memeluk Islam secara terpaksa, kerana kita telah menentangnya sebelum itu. Kemudian kita memberikan kesetiaan kami kepadanya sedang dia hidup di sisi kita, berita-berita langit sedang turun kepadanya, dia memberitahu kita tentang firman-firman Allah itu serta dibuktikannya dengan keterangan-keterangan yang tidak dapat diragukannya lagi", kata Khalid.
"Jadi, apa alasannya?" tanya Jarjah lagi.
"Jadi orang-orang seperti kita ini sudah melihat semua bukti-bukti itu, dan kami mendengar sendiri darinya, sudah seharusnyalah kami mengikutnya dan menganut kepercayaannya. Tetapi kamu tidak seperti kami, kamu tidak melihat apa yang kami lihat, dan kamu tidak mendengar seperti apa yang kami dengar dan berbagai keajaiban dan bukti-bukti yang membenarkan seruan dan dakwaannya. Jadi barangsiapa yang mengikut perkara ini di antara kamu dengan kebenaran dan niat yang baik, tentulah dia lebih utama dari kami".
Jarjah terharu dengan penerangan Khalid itu, lalu dia berkata: "Demi Allah, aku yakin engkau telah mengatakan yang benar, dan engkau tidak menipuku!"
"Demi Allah, aku telah berkata yang benar, tiada suatu pun yang aku sembunyikan, dan Allah telah membantuku untuk menjawab soalan-soalanmu itu dengan yang benar", terang Khalid.
"Kalau begitu, apa gunanya lagi aku menyandang perisai ini", kata Jarjah, dia lalu melepaskannya, sambil memeluk Khalid dan berkata: "Hai Khalid! Ajarkanlah aku agama Islam itu!" pinta Jarjah.
Khalid Ialu mengajak Jarjah datang ke kemahnya, lalu disiramkan ke atasnya dengan qirbah air (kulit kambing yang dibuat untuk mengisi air), kemudian diajaknya Jarjah bersembahyang dengannya dua rakaat.


Akhirnya pasukan Romawi kecewa apabila Jarjah tidak kembali lagi kepada mereka. Lalu mereka memulai penyerangannya kepada pasukan Islam, dan pada mulanya mereka merasa bangga dengan kemenangan kecil di mana mereka dapat mematahkan sayap-sayap pasukan Islam, kecuali yang sedang dipertahankan oleh lkrimah bin Abu jahal ra. dan Al-Harits bin Hisyam ra. Khalid bin Walid ra. pun keluar ke medan peperangan untuk menyelamatkan pasukan Islam, dan keluar bersamanya Jarjah yang baru memeluk Islam. Keduanya pun memimpin pasukan Islam di tengah-tengah pasukan Romawi yang mencoba mengepung pasukan Islam. pasukan Islam pun berteriak semangat dan menggempur di belakang panglimanya, si pedang Allah, sehingga akhirnya pasukan Romawi tidak mampu bertahan lagi, dan mereka pun mundur kebarisan mereka yang asal. Khalid terus berjuang pedang dengan pedang bersama-sama pasukan Islam yang telah kembali semangat perjuangannya, sedang Jarjah turut berjuang sebelah-menyebelah dengan pasukan Islam dari sejak tengahari hingga matahari akan terbenam, dan masuk waktu maghrib. pasukan Islam bersembahyang shalat Dzhuhur dan Asar secara menunduk-nunduk saja kerana hebatnya pertarungan yang berlaku di antara dua pihak itu. Akhimya Jarjah, moga-moga Allah merahmatinya, gugur syahid setelah mendapat luka-luka berat, dan dia tidak bersembahyang kepada Allah selain dua rakaat yang dikerjakannya dengan Khalid ra. ketika dia memeluk Islam itu.
(Al-Bidayah Wan-Nibayah 7:12 - Menurut Abu Nu'aim dalam "Dalaa'ilun Nubuwah", nama panglima Romawi itu ialah jarjir bukan jarjah.)


Sumber : Heritage Collection

Asal-Usul Kalendar (Masehi / Hijrah / China / Julian)

Setiap tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.

Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.

Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.

Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari).

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.

Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari – contohnya Kalendar Cina.

Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.

Kalendar Kuno

Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.

Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.

Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.

Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.

Kalendar Gregorian

Tahun Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.

Kalendar Gregorian

Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).

Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.

Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.

Kalendar Islam

Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Takwim Islam

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Kalendar Cina

Kalendar Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.

Kalendar Cina

Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.

Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.

Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.

Kalendar Julian

Kalendar Julian

Kalendar Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.

Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.

Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.

sumber: billyinfo.blogspot.com

Tasik Oasis Ditengah Padang Pasir Di Selatan Peru

Tasik Oasis Ditengah Padang Pasir Di Selatan Peru

Hanya 8 km dari bandar Ica, di selatan Peru, terletak oasis padang pasir yang indah Huacachina. Dibina di sekitar tasik semula jadi kecil dan dikelilingi oleh bukit-bukit pasir besar yang  beberapa ratus kaki tinggi, Huacachina kelihatan jauh di luar Sahara , tetapi pada hakikatnya hanya satu jam dari pantai Pasifik. Huacachina telah lama menjadi destinasi pelancongan untuk keluarga tempatan kaya dari bandar berhampiran di Ica, dan akhir-akhir ini menjadi destinasi utama untuk sandborders yang mengembara dari seluruh dunia untuk mendaki puncak.

Oasis ini pada asasnya koleksi resort dan restoran di sekitar lagun biru-hijau dikelilingi oleh bukit-bukit pasir yang besar, dengan penduduk tetap sekitar 100 orang, yang bergantung sepenuhnya kepada pelancongan.

Penempatan ini berkembang di tahun 1940-an dan 1950-an sebagai percutian untuk golongan elit Peru dan mula terkenal melalui kempen promosi pelancongan di tahun 1990-an. Hari ini ia adalah syurga pengembara dan tujuan utama bagi Luncur Pasir dan tunggangan dunebuggy . Tetapi pelancongan adalah tertumpu di lagun.

Penggunaan air bawah tanah telah menyebabkan paras air lagun Huacachina surut mendadak. Untuk beberapa tahun yang lalu, lagun terpaksa diambil  dari sumber-sumber air lain untuk mengelakkannya daripada pengeringan.

Dipanggil "Oasis of America," Huacachina adalah salah satu daripada beberapa oasis yang tinggal  semula jadi di Utara dan Selatan Amerika.

Oasis of America
Huacachina
Huacachina
Huacachina
Huacachina
Huacachina

Sumber : Dairishare