SUNGAI EUFRAT, GUNUNG EMAS, DAN HARI KIAMAT

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

LAPANGAN TERBANG DI MALDIVES HANYA 2 METER DARI PARAS LAUT.

Pelancong yang terbang ke Maldives pasti ramai yang tidak tahu tentang lapangan terbang Ibrahim Nasir yang digunakan untuk menjadi tempat pendaratan landasan kapal terbang yang terletak hanya dua meter di atas paras laut.

BARCELONA MARA KE SUKU AKHIR

Gol pada babak kedua daripada Lionel Messi dan Dani Alves membolehkan Barcelona menempah tempat dalam suku akhir Liga Juara-juara buat kali ketujuh berturut-turut setelah menewaskan Manchester City 2-1 di Camp Nou semalam.

REALITI SOSIAL

TALIAN Neorealism merupakan satu aliran perfileman yang mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Gerakan ini mula diperkenalkan di Itali.

PENDAPAT TENTANG SKYRIM

Setelah menghabiskan kira-kira 32 jam dengan Skyrim, saya kini berhenti sebentar daripada game ini. Bagi sebuah game dengan konsep open-world yang sangat hangat diperkatakan,.....

RESEPI KEK : KEK GULUNG

KEK GULUNG POLKA DOT

Outbrain

Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Scan Laman Web Anda daripada ancaman Penggodam

Scan Laman Web Anda daripada ancaman Siber

Sejak akhir-akhir,kita dalam lihat banyak blog ataupun laman web telah dibangunkan.Ini merupakan salah satu perkembangan yang positif untuk sesebuah negara ke arah yang lebih baik.Namun,disebalik perkembangan ini,kita juga dapat lihat banyak laman web mahupun blog juga menjadi mangsa oleh para penggodam.


Antara faktor laman web anda digodam ialah :


Disebabkan oleh kelemahan sekuriti server syarikat penyedia hosting yang anda langgan.
Terdapat “lubang” pada laman web anda,juga ketetapan chmod yang tidak sesuai.
Memasang plugin dan juga template PERCUMA yang dimuat turun melalui laman-laman web yang tidak diketahui (penggodam kebiasaannya memasang skrip malware pada plugin/template tersebut).


Dan banyak lagi faktor….


Bagi mereka yang ingin memeriksa laman web/blog mereka samada telah dijangkiti virus/malware,anda boleh menggunakan menggunakan khidmat scan percuma dari Sucuri Security.


scan percuma dari Sucuri Security

Sucuri Security akan memeriksa laman web anda dan akan memaklumkan kepada anda jika terdapat sebarang malware ataupun script-script yang tidak dikehendaki pada laman web anda.


Untuk info lanjut mengenai perkhidmatan percuma dari Sucuri Security ini,sila layari http://sucuri.net/.


Sumber : cekapkomputer

Japan Robot Teknologi : Robot yang memecahkan rekod dunia

Evolta, robot yang menjadi maskot perusahaan elektronik asal Jepun

Evolta, robot yang menjadi maskot perusahaan elektronik asal Jepun, Panasonic, pernah menerima penghargaan Guinness World Records. Robot ini kembali akan memukau public dengan menjelajah jalanan Jepun dengan melakukan long march sejauh 300 KM atau tepatnya sekitar 482 kilometer dari Tokyo ke Kyoto.
Seperti yang dilansir oleh Panasonic, dalam video-nya, Evolta hadir berbentuk robot humanoid mungil yang menarik gerabak roda dua ala zaman pertengahan daihachiguruma, Jepun.

Robot dengan tinggi hanya sekitar 17 cm dan berat 997 gram ini akan berjalan dalam sebuah plastik silinder yang berputar, mirip seperti hamster dengan rodanya. Bezanya, Evolta berjalan sambil menarik gerabak yang sesungguhnya adalah bateri Evolta 12 AA untuk sumber tenaganya.
Dengan kecepatan mencapai dua hingga tiga meter per jam, robot yang dikendalikan dengan remote control ini diperkirakan akan tiba di Kyoto pada 10 Desember 2010, setelah menempuh perjalanan selama lebih 49 hari.
Evolta dijadualkan akan menjelajah jalanan bersejarah seperti Tokaido yang legenda dan jalur kuno yang menghubungkan Tokyo dan Kyoto. Tradisi menempuh perjalanan dengan berjalan kaki telah dirayakan selama berabad-abad oleh para seniman di Jepun. Inilah yang juga akan dilakukan oleh Evolta.


Evolta

Robot mungil Evolta akan menempuh perjalanan sesuai peraturan penyelenggara acara. Misalnya , dia hanya berjalan di waktu siang hari, hanya boleh mengisi ulang baterinya satu kali dalam sehari dan tidak diperkenakan berjalan saat cuaca hujan. Semua aktiviti Evolta dimonitori oleh tim melalui sebuah komputer dari jarak jauh.


aktiviti Evolta



Tim perancang Robot Evolta berharap, Robot mungil ini boleh sampai ke Kyoto tepat waktu dan kembali memenangkan penghargaan Guinness World Records. Jika berhasil, aksinya kali ini akan membuat Evolta menjadi robot humanoid pertama yang berjalan menjelajahi jalanan bersejarah Jepun.

Sumber : dikongsi.com