Outbrain

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sebuah penemuan di kompleks perkuburan kuno di China mengejutkan para saintis. Kerana, sebuah mumia berusia ratusan tahun yang dijumpai di sana tiba-tiba membusuk dalam hitungan jam.

Jasad mumia tersebut ditemui di bandar Xiancheng, Provinsi Henan, 10 Oktober lalu. Ketika diangkat keluar makam, jasad yang pada mulanya keadaan sempurna mulai berubah hitam dan mengeluarkan bau busuk hanya dalam masa beberapa jam. Saintis hanya membuat spekulasi kerana masih belum dapat mengungkap kaedah pengawetan yang digunakan.

"Orang Cina tidak mengikuti teknik pengawetan jasad tertentu seperti orang Mesir," ungkap Dr Lukas Nickel, seorang ahli arkeologi dan ahli kesenian China asal University of London. "Tapi peti keranda yang kuat dan stabil boleh juga disebut sebagai teknik pengawetan."

Dilihat dari keadaan mumia, sejarahwan Dong Hsiung mengungkap asal jasad ini. Ia yakin mumia ini berasal dari Dinasti Qing melihat dari baju yang dikenakan. "Yang luar biasa adalah masa seakan terperangkap dalam peti," katanya.

"Kadang masyarakat Dinasti Qing menggunakan peti keranda yang telah dilicinkan untuk mengebumikan jasad," tambah Lukas. "Mereka juga meletakkan arang di sekitar peti keranda. Mungkin pekara itulah yang menahan bakteria pengurai tidak masuk ke dalam peti."

"Mungkin keluarga si mati menggunakan teknik pengawetan tertentu," tambah Dong Hsiung. "Jadi apabila peti dibuka proses pereputan semula jadi baru akan terjadi."

Dinasti Qing adalah sebuah Dinasti yang berkuasa antara tahun 1644-1912. Sementara itu, dua Dinasti China yang terkenal dengan teknik pengawetan mayatnya adalah Dinasti Qing dan Dinasti Ming.

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Mayat Mumia Membusuk Setelah Dikeluarkan Dari Keranda

Sumber : Diarishare




0 ulasan:

Popular Posts