Outbrain

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri watak mini (patung kecil) yang berkaitan dengan kisah mistik Masyarakat Scotland yakni kewujudan keranda bersaiz 10 sentimeter.

Keranda kecil tersebut ditemui dengan tidak sengaja tahun 1836 oleh lima kanak-kanak yang sedang memburu arnab di hutan Edinburgh. Konon, ada 17 keranda.

Sayangnya banyak yang dihancurkan oleh kanak-kanak tersebut hingga tersisa 8 buah setelah Ketua Sekolah dan dibantu organisasi arkeologi menyelamatkannya. Kini boleh dilihat di Muzium Nasional Scotland.

Menurut kajian di lokasi tapak, 17 keranda mini disusun tiga tingkat. Di peringkat 1 dan 2, masing-masing berbaris 8 keranda, sementara pada tingkat paling atas hanya ada 1 keranda.

Yang masih jadi misteri adalah, setiap watak di dalam keranda memakai pakaian yang dibuat manual (handmade) dari bahan kapas. Menurut pakar tekstil, kapas jenis ini baru muncul selepas tahun 1800-an. Sementara dari hasil penyelidikan lain, watak-watak di dalam keranda sudah ada sejak sekitar 1790, atau tahun sebelumnya

Misteri berikutnya, para penyelidik menduga pembuat keranda dan watak di dalamnya adalah orang yang berbeza. Nampaknya keranda kecil yang dibuat tidak bertujuan untuk watak mayat kecil di dalamnya. Pekara ini kelihatan seolah ada pemaksaan memasukkan watak ke dalam peti, yang kelihatan dari beberapa bahagian lengan yang patah.

Dan watak mini didandani sedemikian rupa, dengan kasut bot, model pakaian berbeza-beza. Mereka mungkin ada, atau dibuat untuk pekara lain. Sehingga sekarang belum terjawabnya asal-usul kerada dan watak kecil tersebut membuatkan banyak teori dan tanda tanya. Ada yang menyatakan itulah orang-orang yang jadi korban mantra tukang sihir. Ada juga yang mengaitkan dengan mitos dalam tradisi pengebumian Scotland kuno.

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Misteri Penemuan Keranda Kecil Bersaiz 10 Sentimiter

Sumber : Diarishare

0 ulasan: