Outbrain

Resepi Kuih : Lepat Pisang Kukus

Lepat Pisang merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Melayu.Dan kuih lepat pisang memang salah satu makanan kegemaran djdanchef. Makan pula masa lepat pisang tengah-tengah panas memang sedap tak terkatalah jawabnya.

Sekarang djdanchef akan kongsikan cara membuat lepat pisang yang djdanchef ambil dari video trymasak.my. Selaku portal resepi kegemaran djdanchef.

Cara buat lepat pisang ini tidaklah susah, agak senang dan mudah.

Resepi Lepat Pisang Kukus
(trymasak.my)

Bahan-bahan

1 Sikat Pisang
Daun Pisang Yang Secukupnya Untuk Membungkus
1 1/2 Cawan Tepung Gandum
1/4 Tepung Beras
1/2 Cawan Santan
2 Sudu Besar Gula
Sedikit Garam

Cara Buat Lepat Pisang Kukus:
1. Buang kulit pisang dan potong pisang kecil-kecil untuk memudahkan proses melenyekkan pisang selepas ini nanti. Letakkan pisang tersebut dalam suatu bekas dan lenyekkannya sampai lumat.

2. Lepas pisang sudah lumat. Masukkan santan dan kacau sampai sebati.

3. Kemudian masukkan gula dan garam. Gaul sikit lagi.

4. Bahan akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sehingga sebati.

resepi+lepat+pisang+6

5. Setelah adunan sebati. Sudukan atau sedukkan adunan tersebut terus letakkan di atas daun pisang dan bungkuskan dengan kemas. Ulangi kaedah ini sampai habis adunan dalam bekas tadi di bungkus.

resepi+lepat+pisang+kukus



6. Setelah semua lepat pisang dibungkus. Letak dan aturkan lepat pisang ke dalam periuk kukus / periuk stim.

7. Biarkan di kukus dalam 20-40 minit atau sehingga masak.

lepat+pisang+3

Selamat mencuba resepi lepat pisang kukus dan simple. Kalau rajin boleh pula melihat resepi lempeng pisang yang sedap.

Sumber : DJdanChef

0 ulasan: