Resepi Bun Coklat/Choco dan Butter
Bahan-bahan
200g tepung roti
50g tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
¾ biji telur
1 sudu besar marjerin
140ml susu suam (susu tepung)+pewarna pink
1 ½ sudu kecil yis
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar water roux
Filling (butter)
40 g butter
40g gula aising
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit susu cair
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara
1) Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 15 minit) Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
3) Bahagi doh pada bebola kecil ,bentukkan doh dah leperkan memanjang untuk membuat bentuk bujur, separuh doh isikan dengan filling coklat dan separuh lagi dengan filling butter.
4) Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 15 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang.
5) Angkat dan sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas bertutup.
*Lebih kurang 5 minit sebelum dibakar,glisskan permukaan bun dengan campuran telur+susu dan toppingkan dengan butter dan gula (untuk bun butter filling). Bagi bun dengan filling coklat toppingkan dengan chocolate rice.
Sumber : Rotikarya
0 ulasan: