Outbrain

Hollywood hargai si gemuk

Hollywood hargai si gemuk

BERBANDING senario penerbitan drama mahupun filem di Malaysia, industri Hollywood sudah lama mengiktiraf insan-insan bertubuh montel dengan memberikan status bintang kepada mereka.Peranan utama dalam sesebuah karya selain komedi telah membuka pintu buat pelakon-pelakon obes seperti Jennifer Hudson, Queen Latifah, Mo’Nique dan Nicole Blonsky apabila nama mereka dicalonkan dalam majlis penganugerahan berprestij seperti Anugerah Academy, Anugerah Golden Globe, Anugerah BAFTA mahupun Festival Filem Hollywood.Contohnya, bakat lakonan yang dipamerkan oleh bintang yang lahir daripada program realiti American Idol musim ketiga, Jennifer Hudson membuka luas mata pemerhati industri filem Hollywood apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Academy 2006 menerusi filem Dreamgirls.Bukan itu sahaja, seorang lagi pelakon berkulit hitam, Mo’Nique juga pernah menggenggam trofi yang sama menerusi filem Precious pada 2009.Tidak cukup dengan itu, pelakon muda, Nicole Blonsky, 22 yang muncul dalam filem sulungnya, Hairspray berjaya dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada malam majlis Anugerah Golden Globe 2007 selain pernah membawa pulang dua anugerah iaitu Aktres Muda Terbaik dan Esemble Terbaik ketika majlis Critics’ Choice Awards pada tahun yang sama.Ironinya, kesemua filem yang melayakkan kemenangan mereka itu bukanlah karya komedi sebaliknya ia merupakan filem serius bergenrekan muzikal, drama dan kekeluargaan.Justeru, apabila dirujuk terhadap industri tempatan, senario tersebut agak sukar dilihat pada majlis anugerah tempatan. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan, ia langsung tidak pernah berlaku selain menobatkan pelakon tanah air bertubuh gempal menerusi karya yang berkonsepkan komedi.Lantas, siapakah yang harus dituding kesalahan yang mengakibatkan berlakunya senario seperti ini? Adakah pelakon itu sendiri yang tidak bijak meyakinkan produser dan pengarah dengan bakat lakonan mereka tanpa mengira sosok tubuh yang dimiliki?


Atau pengkarya yang tidak cerdik menghasilkan naskhah hebat di luar ruang lingkup komedi yang boleh meletakkan pelakon obes sebagai teraju utama karya milik mereka?Jika dibuat sesi temu bual di kalangan mereka untuk mengetahui puncanya, penulis pasti akan berlakunya insiden tuding menuding yang akhirnya tidak akan mencapai kata putus untuk menyelesaikan konflik seperti yang disebutkan di atas.Mo'Nique serba boleh Menoleh semula kepada industri Hollywood, mengimbas kembali pembabitan Mo’Nique dalam karier seninya, pelakon yang pernah dirogol oleh abang kandungnya, Gerald ketika zaman kecilnya itu bangkit meninggalkan kisah hitam demi mencapai cita-cita sebagai pelakon.


Memulakan kariernya sebagai operator telefon, Mo’Nique pernah dicabar oleh seorang lagi abangnya, Steve untuk menjadi pelawak pentas (stand-up comedian) di Baltimore Comedy Factory Outlet.Dan bermula saat itulah, dia memulakan langkah seninya sebagai pelawak pentas dan siri The Parkers merupakan penampilan pertamanya sebagai pelakon komedi untuk siaran televisyen pada 1999.Walaupun dikenali sebagi pelakon komedi lantaran lakonannya menerusi deretan filem berkonsepkan genre itu, namun bakat lakonan seriusnya mula dikesan setelah tampil sebagai watak sampingan menerusi filem Half Past Dead pada 2002.Kemudian, Mo’Nique terus diberi kepercayaan membawakan watak-watak serius dalam kemunculannya di layar perak menerusi filem seram Shadowboxer (2005) dan seterusnya filem Precious yang bercorak kekeluargaan, sekali gus menobatkannya sebagai pelakon Afrika-Amerika keempat yang berjaya menggenggam trofi berkenaan.Berlainan pula dengan kisah Jennifer Hudson, filem sulung lakonannya, Dreamgirls terus meletakkan namanya di puncak persada dunia lakonan Hollywood sebaris dengan pelakon cantik dan berbakat yang dimiliki Hollywood seperti Penelope Cruz, Natalie Portman, Cate Blanchett serta ramai lagi.




Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

0 ulasan: