Outbrain

Damn Dirty Apes perkenal space rock

Damn Dirty Apes perkenal space rock


BERASAL dari Pulau Pinang, kumpulan Damn Dirty Apes yang diasaskan oleh empat anak muda iaitu Bob (drum), Pedram (gitar), Shankar (gitar) dan Areef (bass) kini semakin dikenali ramai.Sejak ditubuhkan pada tahun 2000, pelbagai cabaran ditempuhi mereka dalam usaha memperkenalkan muzik genre space rock yang dibawa mereka.Biarpun genre muzik mereka lebih kepada instrumental, eksperimental dan post rock, namun dalam kalangan peminat, mereka memanggilnya sebagai space rock, sekali gus membawa Damn Dirty Apes sebagai kumpulan pertama mencetuskan perubahan dalam penyampaian bunyi yang lebih berbeza.
Malah dengan alunan bunyi gitar dan drum bermelodikan reggae serta ditambah pula dengan efek gitar psychedelic, ia bukan hanya menghiburkan peminat semata-mata, malah kehadiran mereka dalam industri muzik indie dialu-alukan ramai peminat.


Selepas menimba pengalaman bermain gig di sekitar Pulau Mutiara itu, Damn Dirty Apes memberanikan diri memasarkan EP bertajuk Valve State Dreams pada tahun 2002 dan dua tahun kemudiannya, mereka memasarkan EP bertajuk, Ape Kill Ape.
Bagi mereka yang tidak mengenali Damn Dirty Apes, kumpulan ini ditubuhkan bermula dengan ahli yang berbeza iaitu Ian Cheah (bass dan piano), Pedram Djavadkhani (gitar, piano dan vokal), Sina Djavadkhani (drum, vokal dan sampler) dan Paul Metcaffe (gitar dan vokal).
Selepas album penuh Ape Kill Ape dikeluarkan, Damn Dirty Apes menerima kehadiran pemain drum baru iaitu Amit Arvind.
Oleh kerana beberapa ahli lama terpaksa berhenti demi menyambung pengajian, Pedram meneruskan legasi Damn Dirty Apes dengan ahli barunya dan kini mereka kembali dengan gaya muzik baru reggae-esque eksperimental.
Perkembangan melodi sentiasa diutamakan Damn Dirty Apes kerana pada dasar melodi itulah datangnya kekuatan mereka ketika sedang beraksi di pentas gig, kemudiannya disesuaikan dengan lirik berdasarkan irama.
Kepada pembaca .com, apa kata kamu layari laman www.myspace.com/ddapenang


0 ulasan: